Sudah bersediakah kita bertemu dengan
tetamu teragung?
apa pulak tetamu teragung?
Tetamu teragung la..... bulan Ramadhan,
bulan ramadhan ni ialah tanda kasih
sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad.
Lingkung umur umat Nabi Muhammad adalah
dalam sekitar 60-70 tahun. Jika dibandingkan dengan Umat Nabi yang lain ada
dalam 300- 500 tahun. sikit kan??
Jadi
ini tanda sayang dan kasihnya Allah kat kita. Istimewanya dalam bulan ramadhan ada satu malam yang mana
sesiapa beribadat dalam malam tu seumpama dia beribadat selama 1000 bulan. Jika
malam lailatur qadar tu kita tengah sibuk layan fb jadi dapat la kita 1000
bulan melayan fb. Jika malam tu kita sibuk dengan beribadat maka dapat la kita pahala 1000 bulan kita sibuk beribadat.
Bulan ramadhan ni menjadi sebutan hanya
pada umat Nabi Muhammad. Sebelum ni hanya ada 4 bulan yang penting bagi umat
islam.4 bulan haram, iaitu Dzulqaidah, Dzulhijah,Muharam, dan Rajab.Disebut
haram karena keempat bulan itu sangat dihormati, dan umat Islam dilarang
berperang di dalamnya.
Ada 3 persediaan kita dalam menghadapi
bulan ramadhan
1. ilmu
ilmu untuk menghadapi bulan ramdhan.
sebelum menghadapi bulan ramdhan Allah
ada kan dua bulan yang mana dalam bulan tersebut ada banyak perkara yang perlu
kita tahu,
Bulan Rejab yang mana dalam bulan
tersebut berlakunya isra' mikraj. Apa yang boleh kita belajar dalam peristiwa
ni terlalu banyak. Kita perlu tahu dengan ilmu. Hayati dengan ilmu dan iman.
tanpa ilmu dan kefahaman ia adalah nothing.
Hayatilah bagaimana Rasulullah saw di
uji sebelum dan selepas peristiwa tu. ujian yang Rasulullah saw hadapi sangat
hebat dan mungkin kita sendiri tidak mampu hadapi.
Sentuh sikit bab Ujian Hidup ramai yang
menyangka ujian dia lah yang paling teruk. Bila kita nasihat sabar kat kawan
kita yang di uji... kita pulak kene uji dengan kata-kata kawan kita tu "
awak cakap senang la awak tak kene" sentap pulak kita dengan kata kawan
kita tu..
Sebenarnya Allah dah bagi tahu kita
dalam quran. cume kita je tak sempat nak belek quran sebab sibuk duk belek
smartphone.
KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
“Apakah manusia itu mengira bahwa
mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak
diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.( Al-Ankabut : 2-3)
Seterusnya...dalam bulan sya'ban ada
pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya
- Kiblat dipindah dari Baitul Maqdis ke
Ka’bah
Dalam sirah ni bagaimana umat dihina kerana kiblatnya sama dengan orang
yahudi. Rasulallah saw sangat sedih dan berdoa dengan Allah agar dipindahkan
kiblat umat islam. ada hadis mengatakan setahun Rasulullah saw berdoa baru
Allah makbulkan doa Rasulullah saw dan ada hadis mengatakan 6 bulan.
Nak ceritanya kat sini doa Rasulullah
saw pun Allah makbulkan dalam tempoh
yang agak lama. bukan doa hari ini esok terus dapat. dan dalam sirah
menceritakan Rasulullah saw berdoa dengan bersungguh-sungguh mendongak ke
langit setiap kali solat, minta dengan Allah agar di pindahkan kiblat.. Jadi
kita amek laaa iktibar. Doa dengan Allah
bersungguh-sungguh. konsisten. berharap dengan Allah sungguh-sungguh...nak benda baik ni bukan mudah.. perlu usaha. doa
tawakal.. sungguh-sungguh....dan jangan lupa tiap kali doa minta dengan Allah
agar diberi hidayah.. hidayah ni kene minta setiap kali doa... mahal taw
hidayah ni....ramai orang tak perasan bertapa Mahalnya HIDAYAH...
Apa mahalnya hidayah ni?
saya bagi contoh. saya share link
perkongsian saya yang tak seberapa ni. dan Allah bagi hidayah untuk awak dibaca
dan mengambil setitik manfaat dari perkongsian saya ni. maka dapat laa awak
tahu apa yang saya share ni.
tapi andai tidak dberi hidayah... saya
dah share link.. just click n read.. tapi tak diberi hidayah untuk baca tambah
pulak dengan panjang nya dan agak memakan masa dalam 15 minit juga la nak baca
tapi tak diberi hidayah dan kesempatan untuk dia baca maka tak dapat ler dia
baca... tapi yang kagumnya Allah bagi kesempatan
untuk dia menonton cerita mr tanda soalan?? selama 1 jam dan ceritanya di
selangi dengan iklan pelbagai.. huh hebak noo penangan cerita tu.. teman bukan
nak cakap apa ler.. tapi itu ler yang berlaku.
dan antara peristiwa penting adalah
- Diwajibkan puasa bulan Ramadhan
Pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijriah
umat Islam mulai diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan, hal ini tentu harus
selalu di ingat oleh kaum muslimin.
itulah antara ilmu yang perlu kita tahu..
2. Himmah
Semangat kita dalam menghadapi bulan
ramadhan bermula pada bulan rejab lagi dengan doa ni...
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan
Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan
Doa dengan sungguh-sungguh. sebab kita
tak tahu adakah Allah bagi kesempatan untuk kita menghadapi bulan ramadhan
untuk tahun hadapan. dan lagi kita tak tahu adakah Allah izinkan kita menikmati
bulan ramadhan tahun ini dengan sempurna.. kita tak tahu maka berdoalah. agar
diberi kesempatan. peluang dan ruang untuk kite menjalani ramadhan tahun dengan
amal ibadah. meraikan bulan pesta ibadah ini dengan sebenar-benarnya.
semangat menghadapi bulan ramadhan
ni bila orang tanya macam mana dengan
ramadhan kamu masyaAllah. kita ada persediakan. ada perancangan. dan ada
matlamat. semuanya dalam kerangka mencari redha Allah.... Bukannya bila orang
tanya apa persediaan ramadhan tahu ni?.. macam tu lar.. macam tahun-tahun
sebelum ni.. tapi bila tanya macam mane raya tahun ni fuh... lengkap
prefecto... dan ready.. uuu tolong lar.. ramadhan belum lagi syawal pulak yang
digahkannya.
3. Matlmat.
Sambutlah temu terangung ini dengan
persiapan yang mantap. Perlu ada perancangan agar tetamu yang datang ini kita raikan dengan semaksimum habis. kerana tetamu yang datang ini akan pergi
berlalu tanpa kita sedar atau sedar.
pasang matlamat ramadhan kali ini apa
yang kita nak capai..
mungkin ramadhan kali ini Allah
kurniakan hidayah agar kita berhenti dari mengumpat. masyaAllah hebatnye
tarbiyah ramadhan ni.
mungkin ramadhan kali ini Allah
kurniakan hidayah untuk berhenti merokok.
-cerita pasal rokok ni.. pernah tengok
orang pegang botol arak dan menogok botol arak? ish mesti kita cakap haram
kot.. dosa besar... tepi kenapa kita tak rase macam tu bila orang pegang rokok
hisap rokok... ish sama la hukumnye haram.. membinasakan badan. fatwa dah
keluar haram.. patutnya segera meninggalkan. bukan manjakan diri... biarkan
kita ikut fatwa. jangan fatwa ikut kita.
ungkin ramadhan kali ini adalah
ramadhan yang merupakan turning point utk kita kembali kepada Allah. dan
menjadi islam sebenar-benar islam..
hidayah milik Allah nak..
bukan milik manusia... bagi yang masih
tidak merasai hidayah Allah doa lah sungguh-sungguh.. tanya pada diri kenapa
dari dulu sampai sekarang aku ni masih tak berubah. doa sungguh-sungguh..
masa bukan milik kita andai Allah nak
tarik nyawa kita..yang rugi kita sebab kat dunia ni buat la amal
banyak-banyak.. nak rehat? ingat janji Allah itu pasti. bagi orang mukmin yang
melaksanakan apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.. topup lagi
dengan amalan sunat. insyaAllah syurga buat mu wahai ahli syurga...
dan sebaliknya buat ahli neraka...
kalau dihitung masa kita beramal sikit
je sebenarnya... formula nya... umur sekarang tolak 15 tahun( belum matang)
tolak masa tidur kita dalam sekitar 20 tahun (jika hamba Allah tu tidur 6 jam
dalam sehari).. ok apa hasilnya? ish2 belum tolak masa borak... masa makan..
masa jalan.. masa berhayal..
Jadi sudah bersedia nak hadapi ramadhan
ni?
Kutiplah manfaat yang ada dari
perkongsian saya. agar kamu terus hidup dalam redha Allah.
dari saya..
sepuluh jari saya hulurkan memohon
kemaafan salah dan silap. sama da saya sedar atau tidak sedar.
semoga ramadhan kali ini lebih baik
dari ramadhan sebelum ini.
mari lah kita memeriahkan pesta ibadah
ini dengan amalan yang berlipat ganda
dan yang paling penting semoga ibadah
dan amalan kita diterima Allah dan sentiasa berada dalam redha dan keberkatan
dari Allah..
Ramadhan Kareem.
cebisan ringkas dari
Sakinah Hassan
05062016