Thursday, July 30, 2009

renungan

Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1


1. Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.

langkah2 utk mngatasi influenza A

Amalkan kebersihan diri bagi lindungi keluarga

SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini, Influenza A (H1N1) menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak yang meletus itu semakin mencemaskan dengan jumlah kes jangkitan yang dikesan melebihi 2,000 dilaporkan membabitkan 21 negara dan sejumlah kematian yang besar akibat H1N1.

Pada peringkat ini, amat penting bagi masyarakat umum mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman selsema baru ini di samping membina kesedaran mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegahnya daripada merebak.

Sebagaimana yang kita ketahui, pada peringkat ini, wabak H1N1 menyebabkan penyakit sukar untuk bernafas disebabkan oleh sejenis virus baru hasil campuran dua jenis virus iaitu virus babi dengan unsur genetik manusia dan burung yang mampu menjangkiti orang lain. Tanda awal H1N1 ialah seperti selesema, termasuk demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan lenguh-lenguh sendi, sakit tekak dan hidung berair dan kadangkala muntah serta cirit-birit.

Penyakit itu mula merebak apabila mereka yang dijangkiti menggunakan tangan untuk menutup mulut ketika batuk atau bersin, kemudian menyentuh sebarang permukaan, atau bila titisan-titisan air tersebar ke udara. Mereka yang tidak dijangkiti kemungkinan menyedut udara yang sudah tercemar, atau menyentuh tangan mereka yang dijangkiti atau permukaan yang tercemar lalu terdedah kepada penyakit berkenaan.

Oleh itu, bagi mencegah ia daripada merebak, seseorang itu perlu sentiasa mengekalkan kebersihan yang sewajarnya; sebagai contoh, tutup mulut dan hidung setiap kali anda batuk atau bersin dengan tisu atau dengan tangan kemudian buangkan tisu itu segera dan sentiasa cuci tangan dengan sabun antibakteria atau air.

Jika anda sakit atau terdapat tanda-tanda seperti terkena selesema, duduk saja di rumah dan elakkan bersentuhan dengan orang lain, elakkan pergi ke tempat yang dipenuhi orang ramai, tempat awam atau menggunakan kenderaan awam. Elakkan juga menyentuh mata, hidung dan mulut kerana rembesan daripada tempat itu mengandungi virus dan boleh menjangkiti orang lain.

Tanda dan gejala penyakit ini boleh beralih daripada orang dewasa kepada kanak-kanak, dan individu kepada individu lain. Justeru, di sini dinyatakan beberapa tanda amaran sebagai langkah berwaspada.

Walaupun vaksin adalah cara paling berkesan bagi melindungi orang ramai ketika merebaknya wabak influenza, sehingga kini, belum ada vaksin yang boleh menentang virus H1N1. Bagaimanapun, ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mencegah diri kita daripada dijangkiti.

Sebagai permulaan, cuba elakkan daripada menyentuh mata, hidung, telinga dan mulut anda kerana ini adalah cara paling mudah bagi virus iu masuk ke dalam badan. Anda juga dinasihat agar sentiasa mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan air daripada hanya membilasnya dengan air semata-mata. Gunakan teknik yang betul seperti yang dinyatakan di bawah sebagai panduan:

Elakkan berada di tempat yang terlalu sesak dan kekalkan pengalihan udara disamping penjagaan kebersihan diri yang baik. Sekiranya anda merancang untuk ke luar negara, adalah lebih baik menangguhkannya terlebih dahulu sehingga wabak ini benar-benar reda.

Bagaimanapun, pihak kerajaan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengambil beberapa langkah perlu bagi mengawal H1N1 daripada merebak seperti mengadakan saringan terhadap sebarang gejala H1N1 di setiap pintu masuk ke Malaysia kepada warga tempatan dan juga warga asing di samping menyebarkan khidmat nasihat kesihatan kepada orang ramai.

Oleh itu, dengan semua maklumat berkaitan yang diperoleh, anda patut melindungi keluarga daripada terkena wabak ini seterusnya membantu Malaysia bebas daripada terkena H1N1. Paling penting, ini adalah tanggungjawab semua pihak untuk mengambil langkah yang perlu bagi mencegah virus selsema ini daripada merebak.

Seseorang itu boleh bermula dengan mengekalkan kebersihan diri yang optimum dengan mengekalkan kebersihan sepanjang masa. Selalu membasuh tangan dengan pencuci tangan Lifebuoy antibakteria bukan saja melindungi anda daripada terkena bakteria berbahaya, tetapi juga melembapkan tangan anda dan menjadikan kulit anda berbau harum.

Selain daripada mencuci tangan dengan kerap, mandi dengan menggunakan pencuci badan antibakteria selepas pulang ke rumah juga adalah langkah mudah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada membawa pulang kuman dan bakteria berbahaya kepada keluarga anda

symptoms of swine flu..


Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:

1. Sukar bernafas atau sesak nafas
2. Bibir berubah menjadi biru
3. Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
4. Kejang pada bahagian leher
5. Kelihatan keliru
6. Mengalami sawan atau kekejangan
7. Tidak membuang air kecil selama 12 jam


Antara tanda di kalangan orang dewasa:

1. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
2. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
3. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
4. Sakit dada ketika bernafas
5. Bibir berubah menjadi biru
6. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
7. Pengsan

Influenza A pembunuh senyap

kadar kematian yg tidak termasuk malaysia yg sudah mencatat 4 kematian..
Kes serangan influenza mengikut negara.
Negara Kes disahkan makmal Kes bersamaan* Jumlah kematian*
Mexico 18 1300 81
United States 11[27] 9[28] 0
New Zealand 0 10+[29] 0
Spain 0 3[30][31] 0
Israel 0 1[32] 0
France 0 2[33] 0
Colombia 0 5[34] 0
Total 29 1300+ 81
(*) Tidak semua kes disahkan kerana virus ini. Kes-kes yang mungkin adalah kes berkaitan sakit selesema yang tidak disahkan walaupun ujian untuk mengenalpasti virus ini dijalankan.

vaksin h1n1

200,000 dos vaksin H1N1 disuntik kepada petugas barisan hadapan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 200,000 dos vaksin influenza dibekalkan kepada semua negeri sejak awal Mei lepas untuk disuntik kepada petugas barisan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata dianggarkan 200,000 petugas barisan hadapan akan terlibat dalam menangani wabak pandemik influenza seperti yang terkandung dalam pelan kebangsaan "National Influenza Preparedness Pandemic Plan 2006".

Petugas barisan hadapan itu terdiri daripada penjawat awam di bawah kategori anggota kesihatan dan perubatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Imigresen, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam), Liow berkata setiap tahun bermula 2007, petugas barisan hadapan telah diberi pelalian vaksin "seasonal flu" (selesema bermusim) yang mengandungi komponen dari virus influenza A (H3N2), influenza A (H1N1) dan influenza B.

"Jenis virus ini ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memantau jenis virus di persekitaran. Seterusnya WHO akan menyarankan jenis virus yang perlu dimasukkan ke dalam vaksin seasonal flu ini," katanya.

Liow berkata vaksin influenza "seasonal flu" itu hanya berkesan ke atas virus influenza sedia ada yang terdapat di persekitaran dan ia tidak berkesan untuk melindungi individu dari jangkitan virus influenza A (H1N1) baru yang menyebabkan wabak di seluruh dunia sekarang ini.

"Ini kerana virus itu merupakan "strain" baru dari virus influenza yang biasa. Walaubagaimanapun, pelalian akan mengurangkan risiko individu daripada menjadi tempat virus influenza bermutasi atau dikenali sebagai reassortment," katanya.

Beliau berkata proses itu boleh menyebabkan virus influenza menjadi strain yang baru yang lebih bahaya dengan kesan jangkitan dan kematian yang berbeza.

Liow berkata vaksin bagi influenza A (H1N1) masih belum dapat dihasilkan lagi dan pada masa ini WHO bersamasama dengan syarikat utama pembuat vaksin dunia sedang giat berusaha untuk menghasilkan vaksin itu sebagai pencegahan kepada wabak berkenaan.

"Virus influenza A (H1N1) merupakan satu virus baru dan sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh pihak WHO, masa yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin yang dimaksudkan ialah di antara tiga hingga enam bulan.

"Vaksin influenza A (H1N1) ini dijangka akan dapat disediakan sebelum penghujung tahun ini," katanya.

Menjawab soalan Liang sama ada kerajaan bercadang memberi pelalian vaksin influenza A (H1N1) secara percuma kepada rakyat, Liow berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan itu.

"Pada masa ini ia memerlukan enam bulan, apabila vaksin siap dan ada dalam pasaran, ia perlu melalui ujian klinikal sebelum boleh buat pelalian kepada seluruh rakyat, kita akan buat pertimbangan apabila tiba masanya," katanya.

Liow turut mengingatkan orang ramai yang mempunyai simptom demam agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital bagi mencegah penularan virus influenza A (H1N1).

"Kalau sakit cepat jumpa doktor, apabila doktor sahkan H1N1, pesakit perlu dapatkan antiviral dengan cepat kerana apabila virus masuk dengan adanya antiviral ini ia akan perlahankan aktiviti virus dan badan ada antibodi," katanya.3

Liow turut menggalakkan semua wakil rakyat mengadakan kempen kesedaran dengan mengedar risalah dan maklumat bagi memberi pengetahuan kepada rakyat di kawasan masing-masing mengenai wabak itu.

aku mahu

kolu aku boleh terbang seperti helang..
aku mahu trbang tinggi..
kolu aku boleh brlari sepantas bio nik..
aku nk lari jauh2..
kolu aku ada poket doremon..
aku mahu meringan kan beban org2 yg memerlukan prtolongan...

hmm..
tp tu sume bukan aku..

Tuesday, July 28, 2009

bila kalam berbicara..

Ku biar kalam berbicara

Mengurai maksudnya di jiwa

Agar mudah ku mengerti

Segala yang terjadi sudah suratan Ilahi..

Ku biar kan pena menulis..

Meluah kan hasrat di hati..

Moga terubat sagala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya

Tak melukai hatimu

Mungkin sudah suratan hidup ku..

Kasih yg lama terjalin

Bederai bagai kan kaca..

Oh teman maafkan la diri ku..

Oh Tuhan tunjuk kan ku jalan

untuk menempuhi hidup dugaan ini

Teman maaf kn jika ku melukai mu

Moga ikatan ukhwah yg di bina ke akhir nya..

Aku tidak kan berdaya manahan

Hibanya rasa..

Ku pergi meninggal kan diri ku..

Redha lah apa terjadi

Usah la dikau kesali

Mungkin ada rahmat yang tersembunyi.

Oh Tuhan tunjuk kan ku jalan

Untuk menemouhi dugaan ini

Teman maaf kan jika ku melukai mu..

Moga ikatan ukhwah yg di bina keakhirnya…

Sunday, July 19, 2009

sebuah ikatan



kite berjumpa kerana takdir
kita bersama kerana kasih
kita bersama kerana hati
kita berjauhan kerana cita-cita
kita kekal kerna kuatnya ukhuwah
kita bergaduh kerana harga 1 ikatan
tp
yg paling penting
semuanya kerana Allah
bukan mudah untuk kita bersama
bukan mudah untuk teruskan
bukan mudah sehingga sekarang
semoga Allah kekalkan silaturrahim ini..
amin...

Thursday, July 9, 2009

bertolak ke besut pagi ahad gan family..

psediaan utk orentasi

PAKAIAN SEMASA MELAPOR DIRI DAN SEPANJANG MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU (13 - 16 Julai 2009)
LELAKI
1.Baju kemeja berlengan panjang warna putih.
2.Seluar berwarna hitam / biru gelap.
3.Kasut kulit berwarna hitam & berstokin.
4.Kasut sukan berwarna putih & berstokin.

PEREMPUAN
1.Baju kurung putih.
2.Kain berwarna hitam / biru gelap.
3.Kasut kulit berwarna hitam & berstokin.
4.Kasut sukan berwarna Putih & berstokin.

daftar institusi prguruan sultan mizan


PENDAFTARAN PELAJAR BARU
PROGRAM PERSEDIAAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PPISMP)
AMBILAN JULAI 2009
Tarikh
13 Julai 2009
Masa
8:00 pagi - 10:30 pagi
Tempat
Dewan Bendahara
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Mizan
Besut Terengganu Darul Iman

Wednesday, July 1, 2009

selamat tinggal matrikulasi pahang..

kini tamat la kehidupan aku di matrik..
arini aku da berhenti matrikulasi..dan kehidupan di maktab pulak akan aku hadapi nanti..
tdy aku kuar dari bilik dengan diiringi air mate rumate aku..hmm sedih..walau pun bru bkenal tp kite org sgt rapat..mcm da kenal lame..bukan senang nk dpt kwn mcm tu..
kagum gan mereka..walaupun sedih tp aku kne g jugak tuk meneruskan kehidupan bru di tempat yg bru nanti...smoga rumate n kwn2 aku yg kat matrik akan brjaye gan jaya nye di matrik..

surat tawaran IPGM

Nama : NURUL SAKINAH BT HASSANNo K.P : ---------
TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AMBILAN JULAI 2009
Saya diarah merujuk perkara di atas dan sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti Kursus S012R0E0MP - REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI/ BAHASA INGGERIS/ BAHASA MELAYU
di
IPGM KAMPUS DATO` RAZALI ISMAIL
KG RAJA (KOTA PUTERA), 22200
K. BESUT, TERENGGANU

networkedblogs