semoga Allah memberi manfaat dengan apa yang telah saya tulis, serta mendatangkan faedah bagi pembaca. cukuplah Allah bagiku, atasNya aku bertawakal dan kepadaNya aku kembali
cerita ini sebagai peringatan untuk semua...terutama wanita..knp saya cakap wanita??
ok..kalau lelaki perlu mengutamakan solat secara berjemaah dan kalau wanita pula perlu mengerjakan solat pada awal waktu..tapi ini tidak bermakna lelaki boleh melewat-lewatkan solat..ingt..solat perlu di utamakan dan disegerakan...
ana ada sebuah cerita untuk dikongsi bersama...cerita ini ana copy dari facebook kawan ana..n kawan ana pun copy dari sebuah laman blog orang lain jgk...ape-ape pun..ana nk kongsi cerita sebagai tauladan untuk kita...orang cakap benda baik jgn simpan sorang..kongsi-kongsi la...tp cerita ini sebagai peringatan kepada semua...
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..
ingt lah wahai teman telah banyak peringatan yang datang kepada kita...
tetapi bergantung pada anda untuk mengambil peringatan ini untuk kejayaan anda di akhirat kelak atau
peringatan yang datang hanya sekadar cerita dari mulut ke mulut, dari blog ke blog, dari facebook ke facebook...
mari kita lihat ayat ini..
"Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. "(67:7)
"Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? "(67:8)
"Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "(67:9)
maafkan saya...sejak kebelakangan ini kesibukan melanda diri ini..sehinggakan diri ini tak tentu arah...sehinggakan diri ini gagal untuk menjaga hubungan antara manusia.. saya mintak maaf..banyak benda yang berlaku sejak kebelakangan ini..hari selepas hantar asemen, saya termenung sambil membelek-belek massege dalam hp...bace sms yg tak sempat saya nk reply...saya sangat risau kalau-kalau dengan sebab saya tak mereply sms-sms tu boleh menjadi masalah antara ukhwah kita.. teman maafkan saya..bukan tak nak layan tapi kesempitan waktu yang saya lalui..maaf bangat~ =(
semalam...saya dah miscall dari sahabat tersayang..sebelum tu dia dah call..sempat cakap sekejap sebab time tu saya tengah siapkan perabot dalam rumah untuk kerja kursus..pas wat kerja tu saya ada ta'alim..time ta'alim saya tak bawak hp..maka call dari sahabat tu saya x dapat jwb..dan tidak sempat untuk sms dengan dia yang saya da hal..maafkan saya~..
malam tu pulak diri ini tak dapat tidur sebab siapkan kerja kursus berkumpulan
..sepanjang malam tadi saya tak sempat nak tengok hp..maka...
sebenarnya kerisauan dan kesedihan menselimuti hati ni.. memikirkan..ukhwah antara kita..
sahabat~maafkan diri ini..tidak niat untuk menjauhkan diri mahupun menghilangkan diri..jauh sekali untuk melupakan sahabat.. maafkan keilafan diri ini..banyak kelemahan dalam diri ni..
(belajar dari kesilapan..bile mana kita tahu kekurangan kira..kita perlu betulkan..bukan membiarkan..)
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat ana berkongsi lagi sedikit pengetahuan yang ana ada..
InsyaAllah dalam post kali ini ana akan menceritakan mengenai zaman kegemilangan islam…ini adalah isi yg ana gunakan untuk tazkirah ana di surau..dan ana fokuskan pada pembebasan constantinople...InsyaAllah kpd sesiapa yg terlepas tazkirah ana pada hari tersebut..atau tidak dpt menghayati pada hari tersebut boleh la baca semula di blog ana ni..InsyaAllah..
Yg pertama sekali kite taddabur satu ayat dari At-Taubah:111.. yang bermaksud..
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)
Seperti ayt di atas kite semua tahu bahawa Allah telah menjanjikan balasan syurga bagi sesiapa yg berjuang diatas jalan Allah..maka percayalah dengan janji Allah itu..tiada ruginya bagi kita yg beriman berjuang di jalan Allah..melakukan pengorbanaan di jalan Allah..InsyaAllah..
Ok..mari kite tgk pula..
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua usaha yang dilancarkan menemui ke
gagalan. Di antaranya, 5 kali percubaan di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kali percubaan di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 percubaan di
zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah percubaan semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki k
uda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih?
Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut
“sebaik-baik raja”dan“sebaik-baik tentera”
di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai“sebaik-baik raja”di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaranMuhammad Al Fatihkerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481).Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yangfasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifattawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Ok ni da satu video yang mane dapat memberi sedikit gambaran bagaimana Sultan Muhammad Al Fatih memberbaskan constantinople..
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagaiantara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di duniaoleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepadaIslambol (Islam keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran“Al Fatih”iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Bagindatidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Bermula pada 1 Jun 2010, Institut Pendidikan Guru dengan rasminya telah mempunyai struktur pentadbirannya sendiri. Penyeragaman pertama yang dilakukan adalah pada logo dan lagu rasmi IPG. Logo ini telah mula digunakan pada tarikh 1 Jun 2010.
BERARA BANYAK PETA YANG KITA ADA? HIDUP MANUSIA ADA MULA TETAPI TIADA PENGHUJUNG. ALLAH TIADA MULA DAN TIADA PENGHUJUNGNYA. BERAPA BANYAK PENGALAMAN YANG TELAH DI KUTIP. SENANG SAHAJA, KEMATIAN YG PELBAGAI CARA ITU PUN MERUPAKAN PENGALAMAN MASING MASING HATTA IA SEORANG WALI. MRK MASIH MEMPUNYAI KITARAN YANG SAMA SEPERTI SEMUA, MUSLIM OR NON MUSLIM.
persoalannya, adakah kita membawa dan membina kehidupan bersama roh ketika di dunia. mungkin dalam solat kita tidak membawa roh bersama sembahyang. ya, kita mengucap sendirian lahiriah shj. maka berkatalah roh kenapa aku tidak di bawa mengucap sekali semasa dikau sembahyang. tidak kah kita tidak berlaku adil? masa kita bekerja kita tidak bawa dia bersama bekerja. maanusia yang ingat ingatlah akan dia. mana yang tidak tidak lah di bawanya. adakah kita ingat dunia dengan mengingati syuga dan neraka? takut ia merupakan penghalang kepada diri dan ruh seseorang. sesungguh takut tidak menjanjikan apa apa kemenangan baik kepada kehidupan dinia mahupun syurga. kerna Allah maha menyaksi.
Al fatihah shj merupakan kunci dan gedung kepada keimanan. dari ayat pertama sehingga ayat tujuh. setiap hari di baca. tetapi adakah kita mengikuti keperluannya dalam tingkah laku dan roh setiap hari. namakan shj, adakah kita selesa bila terlepas niat bila nak mula berbuat sesuatu. adakah kita masih selesa bila nikmat yang diberkan kepada mereka bukan kpd mereka yang enakau murka dan bukan mereka yang sesat.????
Keberanian yang tidak menjadi nikmat juga merupakan sesuatu yang tidak selesa kepada sesiapa jua. Kebiasaannya manusia merupa dan menturuti keperluan lahiriah dan sainsnya shj. Jika sudah di ulang beribu kali al fatihah dalam kehidupan sembahyang mahupun tidak adakah al fatihah tadak memberi sumbangan terbesar utk berdaya maju. apakah objektif kehiudupan yang allah berikan tidak sama dengan objektif kehidupan sekular? kita sudah berada pada zaman yang mentediakan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Adakah kita perlu menangani cabaran dengan kesedihan yang boleh merentap jiwa dan roh? kesedihan, ketakutan, keraguan boleh meragut kekuatan al fatihah dalam kehidupan harian. al fatihah merupakan sesuatu yang hidup tetapi lahirah manusia tidak lemah fisiologinya. umumnya, lain orang nampak nampak kenegatifan kita. Muhammmad tidak pernah dipandang jengkel dan tiada siapa dapat menduga kekuatan nya. sentiasa di takuti dan di geruni walaupun luaran, lahiriahnya lembut, sopan dan penuh tertib.
kadang kadang kita sendiri yang mencipta kemelut dan salah tanggapan sedemikian. Untuk mem,betulkan salah tanggapan, nau zubillah teramat susah. Susah untuk keluar daripadanya. Sehingga membawa padah. Definasi kemelut sedemikian mempunyai parameter sebab musabab yang tersangat luas. perlu di teliti sebaik mungkin.
MAKA PERJALANAN MANUSIA YANG SETAKAT KITA PAHAM DAN TIDAK MELALUINYA, TIDAK MERASAI SUSAH SENANG NYA IBARAT TAK ADA APA APA. SAMBIL BUAT, SAMBIL AMAL KETIKA ITU BELAJAR DAN BERUSAHA. SAMA JUA, SAMBIL BELAJAR KITA BUAT DAN AMALKAN DAN KETIKA ITU KETIKANYA KITA MEMPEMPERBAIKI. SEKULARISMA, BELAJAR DULLU TETAPI SETETELAH TAMAT BELUM TENTU KITA MENGAPLIKASIKANNYA. SAMA JUA, KITA BELAJAR DENGAN P’ KIYAI BILA TAMAT KITA DI PAKSA MENGAMALKANNYA SUPAYA LEBIH BERMAKNA. KITA SENDIRI YANG MEMBINA THE IMPORTANT AREA IN LIFE. THE IMPORTANT AREA TO ALLAH ARE IMAN, BERKAT, IKHLAS DAN BENAR. HANYA MEREKA YANG BENAR BENAR MELALUI IHKLAS DAN BENAR YG TAHU BETAPA PERIT DAN GETIRNYA. SELAGI TAK LALU, MAKA TAK DE LAH PENGALAMAN TU.
KITA HANYA DENGAR KEAJAIBAN DAN KEJUTAN SAHAJA YG KITA RASA DAH CUKUP UTK MEMATANGKAN PROSES PETA KEHIDUPAN.
Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar? Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?
Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.
Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.
Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.
Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah. Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.
Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.
Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya. Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini. Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.
Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan Daulah Khilafah yang memelihara umat. Sememangnya, seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah, Nauzubillah!
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita, mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja keras menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya nasib umat ini akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan kegembiraan. Wallahu ‘alam
Sumber: Islamic Revival , terjemahan dari penulisan bahasa Arab Sheikh Ata Abu Rashta
Sempena esk nk hari raya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:
1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan
3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala
Menurut Nabi Muhammad SAW Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.
Menjauhi Dosa
Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.
Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.
Sakaratul Maut
Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakaratul maut, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikat maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga, kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita.
Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.
Jambatan Menuju Syurga/Neraka
Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas.
Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.
Syurga
Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.
Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.
Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hari raya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya.
Aidilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.
Mudah-mudahan hari raya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakaratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.
waktu pengajian di universiti ramdhan hampir tamat..yang berjaya mendapat segulung ijazah tahniah di ucapkan..selamat meraikan hari raya aidilfitri...
dan semoga pengajian di universiti ramadhan akan datang kamu akan menyambung pengajian kamu untuk master atau phd..
wahai ramadhan..
diri ini masih memerlukan mu..
jangan pergi lagi..
indahnya ramadhan
mengajar ana erti bersabar,
mendidik nafsu, memelihara lidahku
menghargai setiap hari-hari yang ku lalui..
sungguh istimewa ramadhan..
untuk teman,
jika kamu menghayatinya kamu akan mengerti..
jika kamu betul-betul menghargainya
kamu pasti mahu ramdhan sepanjang tahun..
kamu pasti tidak akan melepaskan tiap hari yang kamu lalui..
pengajian di universiti ramadhan
"Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan." (Muttafaq 'alaih)
"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwatnya karena taat pada perintahKu(Allah). Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya, sedang sesuatu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipat gandanya." (HR. Imam Bukhari) -Hadis Qudsi
"Apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, maka
janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (Muttafaq 'alaih)
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta, maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya. Maksudnya: Di waktu berpuasa itu hendaknya meninggalkan hal-hal di atas, agar puasanya tadi mendapat pahala." (HR. Bukhari)
Hmm.. Namun begitu, adakah semua muslim berjaya terdidik dengan didikan-didikan di dalam Ramadhan?
Adakah pasti, diri kita ini sudah menjadi seorang insan yang lebih baik selepas melalui bulan Ramadhan?
ana sendiri tidak pasti...
mengharapkan Allah menerima segala amalan kita dibulan ramadhan ini..
semoga pengajian yg dilalui di bulan ramadhan akan meningkatkan iman ini...