Sunday, March 28, 2010

Jangan membangga Diri


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

  • Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
  • Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
  • Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Thursday, March 25, 2010

my frend

hari ni aku terima satu kol dr kwn baik yg dah lme x ketemu..
kerinduan jgk..dah lme x jumpe kwn smart..tp blek cuti aritu da la jumpe zati, kd, matun n effa..

walaupun x jumpe tp kte org stay contact..nk2 skng dak2 matrik nk final exam.. ak harap dgn sms gud luck yg dah ak sent kat kwn2 matrik dpt memberi semangat n motivasi utk diaorg...

sambung cete kat ats..kwn baik ak kol..dia mmg selalu kol..tnye kabar..n tdy dia kol utk sbb nk bgtaw yg dia cuti blek ktn hari esk..so hope dia selamat sampe ktn esk..=)



think


xtaw nk ckp mcm mne...


sayang n sangat percaye




ape salah saya?


n ape yg patut sy wat?





Thursday, March 18, 2010

tazkirah ringkas(pewarne rambut)

Tazkirah ringkas ini dipetik daripada Dato Badruddin Sheikh Ahmad: (Reworded) Kita tidak boleh guna pewarna rambut yang menghalang air daripada sampai kepada rambut walaupun bahan pembuatannya disahkan halal. Ini kerana beberapa proses pensucian seperti mandi wajib menjadi tidak sah selagi air masih terhalang sampai kepada rambut. Inai bagaimanapun boleh digunakan kerana ia tidak menghalang air daripada rambut. Keadaan ini sama dengan pewarna kuku. Ini bukan isu halal atau haram tetapi isu kesukaran bersuci dengan sah sekiranya air terhalang ke anggota bersuci. Allahu A'lam.

Wednesday, March 17, 2010

tahniah!!


tahniah kpd kakak cgu nisa yg dah menimang cahaya mata yg prtama.
nk2 dpt baby boy..comel sgt..hehe..bulat2..muke mcm ayh dia..
bibir je mcm family cgu nisa..

smoga kedatangan org bru ni membawa sinar yg bru..yg lebih bersinar..
yg akan menceria kn hari2 yg mendatang..

to Auntie Nisa:
cgu nisa tahniah dah dpt ank sedara..hehe
xsaba2 ye cgu nk jumpe ank sedare..
bru kuar arini x jumpe..tgk pic pun dah rindu ye..
hehe..

17 mac..same bufday gan my sis..k.ju..
to sis Junaidah (Joned):
hapy bufday..dah tua dah..
hehe..nk hadiah??
boleh tp kte wat mcm sistem barte la ye..
huhu..


Sunday, March 14, 2010

anak sedare ku..


ni la raihana..ank sedare 1st aku..arg!!..comelnye dia..hehe..
geram gan pipi dia yg tembam tu..
skng dia bru nk blajar brjalan n nmpk gaye nye mcm dah nk bercakap..hehe
skng umur dia bru 10 bln..


aurat wanita





1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sunday, March 7, 2010

tangisan

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Alhamdulillah..

akhirnye..ciap pun keje kemahiran berfikir..walaupun sibuk dengan mcm2 aktiviti..tp Alhamdulillah Allah pemudah kn urusanku..
tp adalah sedikit kesulitan tp itu bukan masalah yg besar dan bukan penghalang...utk ciap kn keje assgmnt..
Alhamdulillah..
dgn pertolongan rakan2..perbincangan yg dibuat turut membantu utk ak ciap kn assgmnt...
n time kasih tikah halim coz sudi bg pinjam printer utk ak print kn assgmnt..
bukan ak xde printer tp printer ak ink dia mcm segan nk kuar..padahal ak dah refill..
tu kolu kuar pun ink hitam tp ak byk nk gune ink colour..ink colour lak kuar mcm hidup segan mati x mau(betul ke peribahasa ni?)...

skng ak dalam proses nk ciapkan assgmnt math n hoki....azam ak masih membara..nk ciap kn assmngt b4 balek..Insyaallah...
tp mcm agak riso sbb ak cari lg isi utk forum bi..adoi..mcm mne ni??


Wednesday, March 3, 2010

kenangan manis

kenangan manis yg aku tidak akan lupe..
kenangan yg sgt indah...
kalimah Alhamdulillah yg tidak putus dlm hatiku..
linangan air mata kesyukuran yg sering kali menemaniku
pada siang dan malamku..
kerana betapa aku bersyukur dengan nikmatNya..

saat2 yg indah apabila ak telah menerima hidayahMu Ya Allah..
Kau telah bukakn pintu hatiku..Ya Allah
Kau berikan ak wasilah utk ak menemui jalan Mu Ya Allah..

Ya Allah..
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui
ape yg terbaik untuk hambaMu..
Ya Allah
sesungguhnya Kau Maha Berkuasa..
Kau boleh melakukan ape yg Kau kehendaki..

Ya Allah
sesungguhnya Kau maha Penyayang..
Kau berikan pertunjuk kpd hamba-hambaMU..

Ya Allah
sesunggunya Kau Maha Penggampun...
Kau menerima taubat-taubat hamba-hambaMU..

Ya Allah..
sesungguhnya nikmat yg telah Kau berikan tidak terkira..dan terlalu bernilai dan berharga..
Allahhuakbar..








bertungkus lumus

this week aku gan sedaya upaya nk ciap kan assgmnt b4 balik ktn..tekad sgt2 ni..xnk dah di cop wat keje last minit..
assgmnt yg menimbun..gan aktiviti2 mktb lg..huhu..mmg byk dugaan la..anggap la itu sume ujian dr Allah..
ape2 ujian yg dtg itu kite mampu hadapinya..
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(surah Al-Baqarah:286)
arini aku mengila menyiapkan keje kursus kemahiran berfikir(KBKK)
memeningkan tp xpe..niat nk blajar..dlm stdy mane de yg senang kolu nk brjaya..

list short coursework:
-kemahiran berfikir (due arini ahad ni)
-mathematic (due ari rabu ni)
-pengenalan hoki (due ari rabu jgk)
-forum b.i (thursday ni)
-b.i[ articles] (submission date 25/3/2010]
-b.i [mother thears] (submission date 25/3/2010
-bahasa melayu 2 (submission date 25/3/2010)
-pengenalan pertanian (submission date 1week after holiday)
byk x??? mcm x byk je..hehe.
tp pening jgk la ni ciap kn assgmnt ni..


aku mmg xsaba nk cuti..seperti biase bile nk blek ktn aku mmg hapy la..wajah hapy tu mmg terpancar bersinar2..haha
sape x hapy dpt blek umah...jumpe parent..family..my lovely teacher..kwn2..hehe
sbb tu la keazaman nk ciap kn assgmnt ni sgt tinggi.sbb ni relax2 time cuti..xnk tragedi taun lepas brulang lg..dah menyesal..
lg pun benda yg baik x elok di lengah2 kn..kn..kn..
dlm surah Al-Asr
telah menerangkn mengenai masa..
demi mase.sesungguhnya manusia dalam kerugian..melainkan mereka yg briman dan megerjakan kebajikan..
dlm lagu raihan dah nmpk jelas kite perlu menghargai mase kite
ingt 5 prkare sblum 5 prkare...
lapang sbelum sempit..
sihat sebelum sakit..
hidup sebelum mati..
so ak amek iktibar supaye brsegara dlm membuat kerja..InsyaAllah..
kite x taw ape akn blaku akn dtg kn..
mcm tu la kn..hidup kite ni sememangnya utk mencari keredhaan Allah..
sesungguhnya Allah mencipta manusia bukan lah saje2..
bah kn Allah lebih mengetahui ape yg akan brlaku..Allah itu Maha Mengetahui..
to All my frend bersegeralah wat assgmnt..marilah same2 bantu-menbantu dgn cara yg betul dlm menyiapkan keje kite ni ye..



p/s: to all my frend sape2 nk ajak kuar..aku cuti 1week..13/3/2010 until 20/3/2010
21/3/2010 dah nk blek besut..

networkedblogs