Sunday, December 19, 2010

ayat dari kamu kepadaku.



ukhwahfillah,
disebut sgt indah,
dengarnya juga mudah,
aku syg kau kerana Allah,
kalimah itu satu amanah,
tiba saat kau akan teruji dengan perkataanmu sendiri,
andai saat itu tiba,
peganglah aku erat,
bersangka baiklah padaku,
berlapang dada dengan perkataanku,
aku tidak sempurna,
aku tahu kau juga bergitu,
sayangi aku sentiasa,
moga kita di antara 7 golongan yang mendapat naungan d padang masyar kelak,
sayangi aku kerana Allah.
kalam nisa' buatku

syukran ya ukhti=)
amin~..moga kita termasuk dlm golongan itu..

kata seorang sahabat kepada ku..
kite kite berukhwah org cakap macam suami isteri.. tp dia x suke mcm tu..sbb suami boleh ceraikan isteri dan isteri boleh mintak cerai...dia nk jadi sahabat...sahabat ni xde cerai2..InsyaAllah..kolu kite pelihara elok2..kite jaga elok2..tambah dengan baja-baja InsyaAllah..moga kekal ukhwah fillah antara kite dunia Akhirat..Amin~

telahku bina sebuah mahligai kasih sayang antara kita utk mnyemai cinta.
telahku bina sebuah istana kepercayaan agar tiada tembok antara kite.
telahku ukir kau sbagai sahabat ku..
membantuku dalam perjalanan mencari redhaNya..
kalam elya buatku

Nabi saw bersabda: Allah swt berfirman pada hari qiamat: dimanakah golongan yang berkasih sayang krn Aku? hari ini Aku akan letakan mereka di bawah bayangan, pada hari yang tiada bayangan selain teduhan ini(riwayat muslim)


kat atas ni da 6 perkara hak dan tanggungjawab kita sbagai sahabat, kawan dan rakan.
adakah kite melaksanakannya?
tepuk dada tanya diri kite sndiri.
peringatan untuk ana jugak

Ukhwah kita atas dasar iman
Bukan kerana “Halaqah kau dan aku sama”
Bukan juga “Aku ada halaqah, kau tiada”
Moga ukhwah yang terbentuk ini membawa ke jannah

Hak-hak Umum Ukhwah Islamiah
Mengucapkan salam
• Menjawab salam
• Menjenguknya jika sakit
• Mengiringi jenazahnya
• Memenuhi undangannya
• Mendoakan jika dia bersin
• Benar dalam bersumpah
• Menolong jika dia zalim / menzalimi

• Memberikan nasihat
> dalam situasi ini kite perlu berhemah dalam memberi nasihat. manusia ni memang mempunyai banyak emosi jadi kite perlu bijak memilih masa yang sesuai untuk kite memberi nasihat kepada sahabat kite ni.kite perlu kretif dalam memberi nasihat. jangan ikut emosi kita nanti nasihat atau teguran tu tak sampai pulak ,tapi lain yg jadi, maka kite perlu pilih waktu yang sesuai, dengan nada suara yang sahabat kite ni boleh terima, memek muka perlu jaga, (sebab memek muka ni main peranan yang penting untuk menyampai sesuatu sebab kadang-kadang da orang mengesan emosi kite melalui memek muka)dengan bahasa yang dia faham, kolu perlu bagi analogi atau ape2 contoh beri dengan berhemat agar dia boleh terima..ingin jangan beri nasihat dia hadap orang ramai. ingat kata-kata imam syafie.

‎"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah."

~imam syafie~


Membuang kesulitan / kesusahan daripadanya
• Membantu jika dia dalam kesusahan
> so bantulah sahabat/rakan/kawan kita bile mereka dalam kesusahan..ingat kite hidup di dunia ini adalah untuk mencari redha Allah. mungkin bila kita selalu tolong orang, bantu orang dalam kesusahan InsyaAllah Allah akan beri balasan kat kite. mane tahu kolu kite susah orang-orang yang kite tolong, akan tolong kita pulak. tp ingt kite tolong orang bukan mengharapkan balasan tetapi niat semuanya kerana Allah.
> bagai ana maksud sahabat ni berbeza dengan kawan, kalau sahabat ni dia ada dengan kite bile mane kite susah atau kite senang, dia ada membantu kite dan dia yang mengingatkan kite kepada Allah.

Menutupi aibnya
• Menjauhkan diri dari sifat dengki, sakiti hati, benci, zalim dan sombong
> perlihara la sahabat kite, tutup la aibnya..
>jauhkan diri dari segala macam perasaan yang tidak baik, jangan berlaku zalim kepada sahabat kita. kalau nak bergurau pun biar berpada-pada.
> ana da pengalaman, bila kita rapat, baik dengan sahabat kite hubungan kite jadi sangat akrab.. ada masanya bila sahabat kita ni baik dengan orang lain tiba-tiba muncul perasaan dengki dalam hati ni. perasaan tu membuatkan emosi kita jadi tidak stabil tiba-tiba..ok macam mane kita nk buat kalau macam tu?
hmm?
kite ingat balik bile kita bersahabat kerana Allah, kita di uji dengan macam-macam dugaan.Dan da musuh kita yang suka berbisik-bisik kat kita, membuatkan kita fikir macam-macam.membuat kita berlaga-laga dengan sahabat kite ni. kite tgk ayat ni:

"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata.( surah Al Baqarah :208)

> syaitan musuh yang nyata maka bile kita terdengki tiba-tiba..cepat istifar..istifar banyak-banyak.. sebab dengki ni pun virus-virus ukhwah jugak. dia menganggu perasaan kita. sebab kadang-kadang dengan dengki ni nanti timbul pulak prasangka yang bukan-bukan..

“Hai orang2 yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa.” (QS. Al-Hujuraat : 12)

Sabda Rasulullah : “Hindarilah prasangka (buruk), karena prasangka (buruk) adalah ucapan yang paling dusta.” (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad)

>Prasangka buruk dapat mendorong kita kepada perbuatan tajassus (mencari-cari kesalahan) yang dilarang oleh agama. Juga dapat mendorong untuk menjelek-jelekkan sahabat. Betapa jauh dari cinta dan makna ukhuwah, orang yang jika marah terhadap sahabatnya, ia langsung berprasangka buruk atau mengejeknya di hadapan orang lain.

renungan:
adakah selama ni kita bersahabat kerana Allah?
atau kerana kepentingan diri kita saja?
sudahkan kita memenuhi hak dan tanggungjawab kita sebagai sahabat?
maka mari kita nilai diri kita *(termasuk ana sekali)..
jika masih tidak terlaksana
maka tingkatkan lah prestasi kurangkan lah krontrovesi..=)

Dipetik daripada: Dr Abdullah Nashih Ulwan, al Ukhwah al Islamiyyah, sms dr sahabat,

Friday, December 17, 2010

cukup ke x cukup?

gambar hiasan
Bismillah
Salam..
Alhamdulillah di kesempatan yang Allah berikan kepada ana untuk terus hidup di atas muka bumiNya..menghirup oksigen yang kite tidak nampak tapi kita rasai yang oksigen itu ada. Berdiri dengan nikmat yang Allah beri iaitu kaki. Subahanallah..sungguh banyak nikmat yang Allah berikan. Sesungguhnya memang tidak terhitung oleh kita. Lihat firman Allah :

" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya . Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang" (16:18)

Ok lah..hari ni ana nak kongsi dengan para pembaca semua tentang rezeki. Anda rase cukup x rezeki yang Allah berikan kepada kita selama ini? mesti ada yang jawab cukup, Alhamdulillah malah berlebih-lebihan lagi dan mesti ada yang jawab cukup la untuk hidup.. dan mungkin ada segelintir yang akan cakap tak tahu la rezeki ni selalu tak cukup-cukup je..
Hmm? Macam mane tu?
Ok xpe2..mari kite fikir-fikirkan duit kita tu kita belanja kan di jalan mane?
Dan macam mane perancangan kewangan kita?

Baiklah..katakanlah, kita tengah berjalan-jalan tiba-tiba terserempak dengan orang yang sangat memerlukan bantuan. Dan bantuan yang diperlukan itu ialah wang ringgit. Kebetulan time tu kita da rm 30 je. Namun dengan melihat keadaan orang tu yang sangat memerlukan bantuan terkesan dalam hati kita ni jadi kita menghulurkan separuh duit yang kita ada kepada orang tu. Jadi pada kita tinggal separuh je duit yang kita ada tadi. Ok kita dah bagi duit kita tadi kat orang tu, duit pada kita berkurang ke bertambah?
Hehe..macam soalan matematik lak kn.. tentulah berkurangkan..tinggal rm 15.. itulah jawapan dari kita..
Namun itu adalah apa yang kita nampak secara zahirnya, pada hakikatnya jika kita memberi dengan hati yang ikhlas dengan berlapang dada. Kita akan mendapat ganjaran yang lebih besar dari Allah. Mungkin duit yang kita berikan kepada orang yang dalam kesusahan tadi akan berlipat kali ganda kita dapat balik.
Ok mari kita selami maksud firman Allah ini:
“bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ia sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dia kehendakinya.” (2:216)
Itulah “jawapan” Allah. Bagi Allah, sekiranya kita memberi dengan seikhlas hati, wang kita beri tidak berkurang malah bertambah. Bertambah bukan setakat sekali, dua kali atau tiga kali ganda, bahkan berganda-ganda akan bertambah..

Bagaimana boleh jadi macam tu? Betul ke?

Ok lah..macam mane tu ye?..ok kita tak boleh tengok dari segi jumlah duit bertambah je..tapi kita harus melihat dari pelbagai sudut, menyeluruh.. yang penting sekali kita lihat dari aspek keberkatannya.

Kita tak boleh tengok banyak ke atau sikit rezeki yang kita dapat tapi kita perlu melihat dari aspek berkat atau tak. Kalau rezeki yang kita dapat tu berkat sikit pun sudah memadai. Percayalah..
Ada satu peristiwa ketika perang khandak.
Ketika para sahabat dan Rasulullah sedang menggali parit. Ada seorang sahabat ni nampak rasulullah mengikat perutnya dengan tali. Dan para sahabat tu tahu bila Rasulullah buat macam tu Rasulullah sedang mengikat perut. Lalu sahabat tu telah mengajak Rasulullah makan di rumahnya. Tapi rasulullah x sampai hati sebab sahabat yang lain pun lapar jugak mase tu jadi Rasulullah pun mengajar sahabat yang lain untuk makan bersama-sama tapi waktu tu hanya da sebuku roti dan di dicicah dengan gulai seekor kambing yang kecil je..kolu kita bayangkan sikit je kan.. dengan waktu tu ramai orang. Dan waktu tu rasulullah sendiri yang mencedukan kepada setiap orang. Dan Alhamdulullah dengan sebuku roti dan gulai tadi cukup dan semua para sahabat kenyang. Tulah berkatnya.
Kita yakin Allah adalah Al-Razzak ( Maha Pemberi Rezeki) dan Al-Wahhab ( Maha Pemberi). Apabila seseorang memberi kepada seseorang yang lain hanya ingin mendapat keredaan Allah, maka Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin bukan dari segi kuantitinya tapi mungkin dari segi kualitinya.
Kita renung apa yang telah di ungkapkan oleh Saidina Ali:
“harta yang menjadi milik kamu yang sebenarnya ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah”
Kita dapat katakan rezeki itu bukanlah sesuatu yang kita terima, tetapi sebaliknya apa yang kita berikan.
Jadi hipotisis yang dapat kita katakan disini ialah semakin kita banyak memberi maka semakin bertambah rezeki yang kita peroleh..tapi ingat niat kerana Allah dan kita gunakan dijalan Allah. Dan InsyaAllah jika dengan berkat dari ape yang kita beri kita akan mendapat balasan dan mungkin rezeki yang datang pada kita dalam bentuk ilmu/masa/tenaga/harta.

Ramai yang fikir rezeki yang kita simpan ialah hak kita. hmm..hakikatnya belum tentu apa yang kita simpankan itu kita punya sebab mati itu boleh datang tiba-tiba. Dan apabila kematian itu datang harta yang kita simpan sudah bertukar tangan.

pelik tapi benar..

ok kita selalu jumpe dengan orang yang pendapatanya kecil je tapi hidupnya senang dan tenang malah bahagia dan serba cukup kerana berkat hidupnya terarah, anak-anak di didik dengan baik, isterinya solehah dan dijaga dengan baik. Itulah balasannya hidupnya tenang walaupun tidak kaya.

Dan kita pun da jumpe dengan orang yang kaya harta melimpah-limpah,gaji besar tapi hidupnya kacau bilau, isterinya melawan cakap, anak-anak liar dan macam-macam masalah yang melanda hidupnya. Dan yang peliknya duitnya dirasakan tidak pernah cukup.

Renunglah..

Sabda Rasulullah SAW :
“ Dua kaki seorang hamba tidak dapat bergerak pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara. Tentang umurnya, untuk apa ia gunakan. Ilmunya, yang mana dia telah amalkan. Hartanya dari mana dia mendapatkannya dan sekaligus digunakan untuk apa. Dan tubuhnya untuk apa dia manfaatkan” (HR At-Tirmidzi)
Nah, mari hayati hadis ini. Tepuk dada tanya iman..macam mane dengan kita?..cukup x apa yang kita ada selama ni? Kemana harta kita belanjakan? apa sudah cukup apa yang kita berbuat selama ni?
mari renung bersama..

rujukan: solusi

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah


salam maal hijrah buat semua pembaca laman kompas kehidupan..sungguh pantas masa berlalu kini tirai tahun 1431 akan dilabuhkan..maka bermula episod baru kita di tahun baru...
maka boleh tamatkan diari tahun 1431 dan buka diari baru, segala yang berlaku pada tahun yang lalu akan menjadi ingatan utk kita semua..yang baik boleh kita bawa pada tahun baru dan kita tingkatkan lagi mutunya..jika tidak enak untuk kita bawa bersama pada tahun baru ini maka tinggalkan..kita betulkan pada tahun baru ini.moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu..
Alhamdulillah..Allah masih memberi kesempatan untuk kita meneruskan kehidupan ini..untuk terus beribadat kepadaNya..untuk bekal kita di akhirat kelak..moga tahun baru ini kita bina azam baru, hidup untuk menjadi hamba yang taat kepadanya..moga Allah ringankan jasad kita ini untuk beribadat kepadanya..moga kita lebih kusyuk beribadat kepadaNya. melaksanakan yang di suruh dan tinggalkan apa yang di larang. berpesan-pesan kepada kebaikan. InsyaAllah..



salam maal hijrah.

Sunday, December 5, 2010

cinta




sekadar gambar hiasan

salam
hari ini ana nak bercerita mengenai cinta..jadi macam panjang jugak la ana nk cerita ni..harap dapat baca sampai habis ye.Ok la, cinta ni memang banyak jenis cinta.kebanyakkan orang sekarang bila cakap pasal cinta mereka akan bayangkan sepasang kekasih yang sedang bercinta. betul tak? kalau tidak macam tu bagus la.

Cinta adalah satu keperluan. Tidak ada makhluk bernyawa yang dapat hidup tanpa cinta. Haiwan juga hidup dengan cinta, lebih-lebih lagi makhluk bernama manusia ni kn… lagi la banyak rase cinta.. dan cinta menjadikan kehidupan lebih bermakna..

AWAS!!!!
Namun realiti yang berlaku pada masa kini, cinta yang indah boleh menyebabkan kehidupan manusia porak-peranda, musnah, hancur. Kenapa ini berlaku?...(soalan ini akan terjawab bila anda bace ape yang ana taip ni sampai habis)

Cinta sesama makhluk hanyalah sementara
Cinta kepada Allah ialah cinta yang kekal abadi.


Cinta juga adalah satu anugerah Allah kepada hamba-hambaNya. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cinta kepada Allah.

CINTA Rasulullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif. Baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran. Malah baginda mendoakan agar hati mereka
terbuka unutk menerima islam.

Bergitu juga cinta para sahabat yang dalam terhadap Rasulullah SAW sehinga sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam. Dalam hubungan manusia sesama manusia. Cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan anak dan isteri. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam ayat Al-Quran:

“ dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia mencintai untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Al-Rum:21)

RENUNG BERSAMA

Namun dewasa ini, yang sering berlaku dan kita dengan ialah hubungan dua insan yang sedang bercinta di luar lingkungan perkahwinan. Maka apa yang terjadi ? apa yang berlaku? Adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang bergitu hot di perkatakan. Pastu kes kematian kerana cinta. Memang banyak cerita-cerita akibat dari cinta sesama manusia ini. terlalu banyak kalau kita nak tengok satu-satu.
Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawan sejenis adalah sesuatu yang lumrah NAMUN, PERASAAN INI HARUSLAH DIJAGA. Malangnya ramai yang terbawa-bawa dengan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang di cintai.Macam lagu p.ramlee la pulak la kan..“berkorban apa saja,Harta-harta pun nyawa”…ok dah habis nyanyi..hah! sanggup berkorban apa saja untuk orang yang dia cinta pada hal si dia tu belum lagi menjadi suami/ isteri yang sah.

KITA BUKA LIPATAN SEJARAH

Disini ingin ana buka lipatan sejarah, menyingkap kisah-kisah cinta yang tak lapuk dek panas tak lekanh dek hujan. Try teka??
Romeo n juliet?

Oh semestinye tidak…bukan kisah itu yang ingin kita singkapkan..tapi kisah yang boleh menjadi tauladan untuk kita semua..iaitu kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf a.s sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta kepadanya.

Nabi Yusuf a.s di sumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami zulaikha tak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf a.s dan menarik baju yang di pakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada disitu berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, zulaikha menjadi gila kerana tak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara dan akhirnya baginda terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupanya perempuan tua itu ialah zulaikha. Dengan izin Allah Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf a.s dan mereka berkahwin.

Setelah peristiwa itu, zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya. Cinta zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tak pedulikan Nabi Yusuf a.s yang waktu dalu di gilainya.

Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf. Nabi Yusuf kemudian memberitahu zulaikha bahawa dari mereka akan lahir Nabi-Nabi yang akan membawa kebenaran.

Tuntas yang dapat kita lihat dari peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta shah jehan kepada mumtaz mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namum ketahuilah bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tak nak ada bangunanan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal..
Sedar tak kita semua cinta sesama makhluk hanyalah sementara kerana setiap manusia itu akan menemui ajalnya dan cinta sesama manusia ini kita tak tahu bertahan lama mane. Oleh itu adalah baik kalau kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta. Al-maklum lah trend sekarang. Kalau tak couple tu x best la..pastu ikut kawan, alamak! Kawan-kawan aku semua dah maju dah da couple aku tak da lagi ni..x boleh jadi..pastu ada pulak jenis yang mintak tolong kawan carikan pakwe/ makwe untuk dia..inilah realiti sekarang yang perlu kita sedar..mana perginya perasaan malu seseorang itu? Tepuk dada tanya iman…

Sumber: buku cinta & rindu kepada Allah,

Wednesday, December 1, 2010

SUBURKAN DERIA JIWA UNTUK BERTAUBAT


Bismillahirrahmannirrahim.....

Sering kite berasakan taubat kita persembahkan pada Allah SWT adalah taubat yg palsu, main-main, hanya dusta semata-mata…kerana taubat itu lebih daripada beberapa istighfar di atas lidah sahaja. Langsung tidak terkesan di jiwa..dan jiwa kita masih terikat dengan dosa malah masih wujud azam-azam baru, idea-idea baru untuk mengulanginya jika terdaya oleh nafsu & syaitan.. bila ada peluang melintas di depan mata.. dan???

Ah! Istifar banyak-banyak.. inilah penyakit jiwa wahai kawan-kawan.. penyakit yang paling berbahaya.. kerana sedikit demi sedikit ia bakal menjurumuskan manusia ke lembah
kemusnahan. Inilah antara kesan maksiat dan dosa ke atas diri manusia..
Kerana maksiat berupaya melemahkan rangsangan ketaatan di hati seseorang bahkan sebaliknya ia sentiasa cenderung untuk menguatkan rangsangan kemaksiatan dan kemungkaran…

Di dalam banyak-banyak ketaatan itu, pernahkah kita terasa untuk bertaubat pun sukar sekali?

Apakah terjadi dengan rangsangan taubat kita??
Ia menjadi lemah sedikit demi sedikit sehinga terpisah langsung dari perasaan ingin bertaubat.
Oleh itu kawan-kawan bersyukurlah apabila rangsangan untuk bertaubat masih ada di dalam sanubari kita. Kerana hilangnya deria jiwa untuk bertaubat bakal mengheret seseorang ke gerbang kemusnahan. Musnah agama, musnah iman, musnah hubungan dengan Allah SWT.

Sesungguhnya kemusnahan rohaniah lebih dasyat kesannya daripada kemusnahan lahiriah..

Analoginya bergini..

Jika sebuah kota istana yang telah runtuh dek kerana peperangan dan kemusnahannya telah menghancurkan 85% struktur kota tersebut. Namun kota tersebut akan dapat dibina semula..tidak kisah la beberapa tahun, beberapa dekat, atau pun beberapa abad…kota tersebut boleh lagi dibina semula..tetapi jika kemusnahan jiwa yang mennyeluruh kesannya membawa ke mati.

Justeru kita berpandangan jiwa kita perlu kepada usaha dakwah atau tarbiyah yang berterusan supaya rangsangan ke arah ketaatan dan taubta itu sentiasa subur, kembang dengan mekar mengatasi serta melampaui rangsangan terhadap dosa dan maksiat.sebelum bala tentera kemaksiatan menguasai sepenuh daerah ketenangan yang sedikit lagi berbaki di dalam kerajaan “hati”
Firman Allah
“…wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”
(At-Tahrim:8)

sumber :

Saturday, November 27, 2010

Rasa Malu Yang Hilang Akan Membinasakan


Sahabat Hikmah...

Malu itu sebagian dari iman.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Nabi Saw. Pernah bersabda ; “Iman meliputi lebih dari enam puluh cabang atau bagian. Dan Al haya’ (rasa malu) adalah sebuah cabang dari iman.” (HR. Bukhari)


Rasa malu itu keberkahan.

Dengan rasa malu kita terhalang dari dosa.


Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshari Al Badri ra. berkata, Rasulullah saw telah bersabda, “Sesungguhnya sebagian yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu.” (HR. Bukhari)


Kebinasaan seseorang dimulai dari hilangnya rasa MALU...

Bila sudah tidak ada rasa malu, maka dia menjadi manusia bebas.

Bebas tanpa aturan, dan bebas berbuat sesuai hawa nafsu.

Tuhannya hanyalah nafsunya.

Sehingga hidupnya bergelimang dosa.


“Sesungguhnya Allah jika menghendaki memBINASAkan seorang hamba,

maka Dia menCABUT dari orang itu rasa MALU.

Jika telah tercabut darinya rasa malu,

engkau tidak menjumpai orang itu kecuali berGELIMANG DOSA.

Jika engkau tidak menjumpai kecuali bergelimang dosa,

dicabut (pula) dari dirinya AMANAH.

Jika telah dicabut darinya amanah,

engkau tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang berKHIANAT dan diKHIANATi.

Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan berkhianat dan dikhianati,

maka dicabut darinya RAHMAT (Allah).

Jika telah dicabut darinya rahmat (Allah),

engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terKUTUK dan terLAKNAT.

Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terkutuk dan terlaknat,

maka diCABUT darinya IKATAN dengan ISLAM”.

(HR. Ibnu Majah)


"Jika Allah hendak menghancurkan suatu kaum (negeri), maka terlebih dahulu dilepaskannya rasa malu dari kaum itu." (HR. Bukhari - Muslim)


Tetapi rasa malu yang dimaksud adalah menurut para sahabat Rasul, yang malu untuk berbuat dosa dan bukan ukuran manusia jahil yang malu untuk berbuat kebaikan, seperti malu ke masjid, malu ke pengajian dsb.


Seorang sahabat Rasulullah bertanya tentang kebajikan dan dosa, dan dijawab :

Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang merisaukan dirimu dan kamu tidak senang bila diketahui orang lain.” (HR. Muslim)


Jadi bila kita malu berbuat kebaikan dan tidak malu berbuat dosa...

Jangan-jangan kita adalah ummat yang akan binasa.

Na'udzubillahi min dzaalik

Wallahu a’lam bi showab

O.F.A


sumber:http://www.facebook.com/notes/kata-kata-hikmah/rasa-malu-yang-hilang-akan-membinasakan/476474420848

Friday, November 19, 2010

Tinta Sahabat



Bismillahirrahmannirrahim.....

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana " (8:63)

Alhamdulillah.... tajuk yang ingin ana kupas pada kali ini berkaitan dengan ukhuwah. Menurut Imam Hassan Al-Banna, ukhuwah ialah keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain dengan ikatan akidah. Maknanya, kita berkasih sayang kerana Allah.

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan jgnlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat2Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk". (3:103)

Ayat diatas menerangkan bahawa dengan berukhuwah, dapat menyelamatkan kita dari jurang neraka. Apabila Allah mengirimkan perasaan kasih sayang di antara hamba-hambaNya lalu menjadikan mereka aman dengan hubungan persaudaraan itu, ia menjadikan hubungan yang didasari atas nama akidah dan kerana Allah melebihi dari hubungan persaudaraan kerana nasab keturunan.

Umumnya kita memerlukan teman untuk berbicara, berbincang, saling berkongsi masalah suka dan duka, peneman dikala sunyi, pembakar semangat ketika lemah, pelipur lara ketika sulit, peneman ketika ketakutan datang menjelma dan tidak kurang juga sebagai peneman dalam menyelusuri perjalanan hidup ini. Dan siapakah teman pilihan kita???

Menurut Imam Al-Ghazali, " Hendaknya orang yang ingin berpergian memilih teman. Jangan ia keluar seorang diri. Pilih teman dahulu, barulah tempuh perjalanan. Hendaknya teman yang menemaninya dalam perjalanan itu adalah orang yang bisa membantunya dalam menjalankan prinsip agama, mengingatkannya tatkala lupa, membantu dan mendorongnya ketika ia tersadar. Sesungguhnya orang itu tergantung agama temannya. Dan seseorang tidak dikenal kecuali dengan melihat siapa temannya ...."

" teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa.." (43:67)

Berdasarkan ayat diatas, kita hendaklah saling ingat meningatkan antara satu sama lain ketika bersahabat.... supaya kita tidak bermusuhan ketika di akhirat kelak... Tanda sahabat kita menyayangi kita ialah apabila dia menegur setiap kesalahan kita....

Cara-cara untuk menguatkan Ukhuwah

1) Memberitahu sahabat kita bahawa kita sayangkannya...

Kepada pemilik blog ini... ana sayang anti.. bantu ana dalam menyelusuri hidup ini... menjadi peneman ketika sunyi, pembakar semangat ketika lelah berada di jalan ini, menjadi penghibur ketika ana sedih, mengingatkan ana ketika alpa dengan kenikmatan dunia, dan yang paling penting.. tegur setiap kesalahan ana... Luv you coz Allah..

2) Mendoakan bila berpisah

3) Menunjukkan kegembiraan dan senyuman apabila berjumpa

4) Bersalaman ketika berjumpa

5) Mengucapkan tahniah apabila dia berjaya

6) Memberikan hadiah pada waktu2 tertentu..

Anti kalau tak kasi hadiah pun x pe... sebab antilah hadiah yang paling istimewa dari Allah untuk ana..

7) Saling bersilaturrahmi (mengunjungi saudara)

Bila nak datang rumah ana lagi??

8) Memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya

Terima kasih sayang atas keperihatinan anti terhadap diri ini.. ana hargai setiap yang anti beri. Kadang2 ana malu kerana ana lebih banyak menerima dari memberi... huhu

9) Memenuhi hak ukhuwah saudaranya

Tegur ana atas kekhilafan diri ini.. Itu hak ana yang anti perlu tunaikan...

Buah Ukhuwah

1) Merasakan kemanisan Iman

2)Mendapat perlindungan Allah di hari kiamat (antara 7 gol yang dilindungi)

3) Mendapat tempat khusus di syurga (15:45-48)


" jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya kerana teman saling mencontohi"

"Roh ukhuwwah menggetarkan hati dan perasaan.


Hati-hati bersatu atas dasar yang satu, terikat dengan ikatan aqidah, ikatan yang paling kukuh dan mahal.
Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, maka persaudaraan yang wujud terus berjalan, bersih, dan penuh rasa kasih.
Berdoalah agar kita sentiasa dikurnia nikmat kemanisan berukhuwwah.
Agar kita sentiasa berpijak pada simpulan aqidah, pengikat yang utuh dan abadi..."


* Buat sahabat tersayang ana, asif jiddan atas segala kekhilafan ana sepanjang kita bersahabat, ana bukanlah yang terbaik, tetapi ana cuba menjadi yang terbaik. Maafkan ana jika sepanjang percubaan ini, ana masih belum berjaya menjadi yang terbaik untuk anti.. Ape pun ana sayang anti lillahitaala.... Moga Allah mengikat kasih sayang diantara kita hingga ke syurgaNya.... Uhibbukifillah... luv you....




networkedblogs