Sunday, December 5, 2010

cinta




sekadar gambar hiasan

salam
hari ini ana nak bercerita mengenai cinta..jadi macam panjang jugak la ana nk cerita ni..harap dapat baca sampai habis ye.Ok la, cinta ni memang banyak jenis cinta.kebanyakkan orang sekarang bila cakap pasal cinta mereka akan bayangkan sepasang kekasih yang sedang bercinta. betul tak? kalau tidak macam tu bagus la.

Cinta adalah satu keperluan. Tidak ada makhluk bernyawa yang dapat hidup tanpa cinta. Haiwan juga hidup dengan cinta, lebih-lebih lagi makhluk bernama manusia ni kn… lagi la banyak rase cinta.. dan cinta menjadikan kehidupan lebih bermakna..

AWAS!!!!
Namun realiti yang berlaku pada masa kini, cinta yang indah boleh menyebabkan kehidupan manusia porak-peranda, musnah, hancur. Kenapa ini berlaku?...(soalan ini akan terjawab bila anda bace ape yang ana taip ni sampai habis)

Cinta sesama makhluk hanyalah sementara
Cinta kepada Allah ialah cinta yang kekal abadi.


Cinta juga adalah satu anugerah Allah kepada hamba-hambaNya. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cinta kepada Allah.

CINTA Rasulullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif. Baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran. Malah baginda mendoakan agar hati mereka
terbuka unutk menerima islam.

Bergitu juga cinta para sahabat yang dalam terhadap Rasulullah SAW sehinga sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam. Dalam hubungan manusia sesama manusia. Cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan anak dan isteri. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam ayat Al-Quran:

“ dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia mencintai untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Al-Rum:21)

RENUNG BERSAMA

Namun dewasa ini, yang sering berlaku dan kita dengan ialah hubungan dua insan yang sedang bercinta di luar lingkungan perkahwinan. Maka apa yang terjadi ? apa yang berlaku? Adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang bergitu hot di perkatakan. Pastu kes kematian kerana cinta. Memang banyak cerita-cerita akibat dari cinta sesama manusia ini. terlalu banyak kalau kita nak tengok satu-satu.
Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawan sejenis adalah sesuatu yang lumrah NAMUN, PERASAAN INI HARUSLAH DIJAGA. Malangnya ramai yang terbawa-bawa dengan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang di cintai.Macam lagu p.ramlee la pulak la kan..“berkorban apa saja,Harta-harta pun nyawa”…ok dah habis nyanyi..hah! sanggup berkorban apa saja untuk orang yang dia cinta pada hal si dia tu belum lagi menjadi suami/ isteri yang sah.

KITA BUKA LIPATAN SEJARAH

Disini ingin ana buka lipatan sejarah, menyingkap kisah-kisah cinta yang tak lapuk dek panas tak lekanh dek hujan. Try teka??
Romeo n juliet?

Oh semestinye tidak…bukan kisah itu yang ingin kita singkapkan..tapi kisah yang boleh menjadi tauladan untuk kita semua..iaitu kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf a.s sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta kepadanya.

Nabi Yusuf a.s di sumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami zulaikha tak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf a.s dan menarik baju yang di pakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada disitu berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, zulaikha menjadi gila kerana tak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara dan akhirnya baginda terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupanya perempuan tua itu ialah zulaikha. Dengan izin Allah Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf a.s dan mereka berkahwin.

Setelah peristiwa itu, zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya. Cinta zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tak pedulikan Nabi Yusuf a.s yang waktu dalu di gilainya.

Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf. Nabi Yusuf kemudian memberitahu zulaikha bahawa dari mereka akan lahir Nabi-Nabi yang akan membawa kebenaran.

Tuntas yang dapat kita lihat dari peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta shah jehan kepada mumtaz mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namum ketahuilah bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tak nak ada bangunanan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal..
Sedar tak kita semua cinta sesama makhluk hanyalah sementara kerana setiap manusia itu akan menemui ajalnya dan cinta sesama manusia ini kita tak tahu bertahan lama mane. Oleh itu adalah baik kalau kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta. Al-maklum lah trend sekarang. Kalau tak couple tu x best la..pastu ikut kawan, alamak! Kawan-kawan aku semua dah maju dah da couple aku tak da lagi ni..x boleh jadi..pastu ada pulak jenis yang mintak tolong kawan carikan pakwe/ makwe untuk dia..inilah realiti sekarang yang perlu kita sedar..mana perginya perasaan malu seseorang itu? Tepuk dada tanya iman…

Sumber: buku cinta & rindu kepada Allah,

No comments:

Post a Comment

networkedblogs