Sunday, December 19, 2010

ayat dari kamu kepadaku.



ukhwahfillah,
disebut sgt indah,
dengarnya juga mudah,
aku syg kau kerana Allah,
kalimah itu satu amanah,
tiba saat kau akan teruji dengan perkataanmu sendiri,
andai saat itu tiba,
peganglah aku erat,
bersangka baiklah padaku,
berlapang dada dengan perkataanku,
aku tidak sempurna,
aku tahu kau juga bergitu,
sayangi aku sentiasa,
moga kita di antara 7 golongan yang mendapat naungan d padang masyar kelak,
sayangi aku kerana Allah.
kalam nisa' buatku

syukran ya ukhti=)
amin~..moga kita termasuk dlm golongan itu..

kata seorang sahabat kepada ku..
kite kite berukhwah org cakap macam suami isteri.. tp dia x suke mcm tu..sbb suami boleh ceraikan isteri dan isteri boleh mintak cerai...dia nk jadi sahabat...sahabat ni xde cerai2..InsyaAllah..kolu kite pelihara elok2..kite jaga elok2..tambah dengan baja-baja InsyaAllah..moga kekal ukhwah fillah antara kite dunia Akhirat..Amin~

telahku bina sebuah mahligai kasih sayang antara kita utk mnyemai cinta.
telahku bina sebuah istana kepercayaan agar tiada tembok antara kite.
telahku ukir kau sbagai sahabat ku..
membantuku dalam perjalanan mencari redhaNya..
kalam elya buatku

Nabi saw bersabda: Allah swt berfirman pada hari qiamat: dimanakah golongan yang berkasih sayang krn Aku? hari ini Aku akan letakan mereka di bawah bayangan, pada hari yang tiada bayangan selain teduhan ini(riwayat muslim)


kat atas ni da 6 perkara hak dan tanggungjawab kita sbagai sahabat, kawan dan rakan.
adakah kite melaksanakannya?
tepuk dada tanya diri kite sndiri.
peringatan untuk ana jugak

Ukhwah kita atas dasar iman
Bukan kerana “Halaqah kau dan aku sama”
Bukan juga “Aku ada halaqah, kau tiada”
Moga ukhwah yang terbentuk ini membawa ke jannah

Hak-hak Umum Ukhwah Islamiah
Mengucapkan salam
• Menjawab salam
• Menjenguknya jika sakit
• Mengiringi jenazahnya
• Memenuhi undangannya
• Mendoakan jika dia bersin
• Benar dalam bersumpah
• Menolong jika dia zalim / menzalimi

• Memberikan nasihat
> dalam situasi ini kite perlu berhemah dalam memberi nasihat. manusia ni memang mempunyai banyak emosi jadi kite perlu bijak memilih masa yang sesuai untuk kite memberi nasihat kepada sahabat kite ni.kite perlu kretif dalam memberi nasihat. jangan ikut emosi kita nanti nasihat atau teguran tu tak sampai pulak ,tapi lain yg jadi, maka kite perlu pilih waktu yang sesuai, dengan nada suara yang sahabat kite ni boleh terima, memek muka perlu jaga, (sebab memek muka ni main peranan yang penting untuk menyampai sesuatu sebab kadang-kadang da orang mengesan emosi kite melalui memek muka)dengan bahasa yang dia faham, kolu perlu bagi analogi atau ape2 contoh beri dengan berhemat agar dia boleh terima..ingin jangan beri nasihat dia hadap orang ramai. ingat kata-kata imam syafie.

‎"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah."

~imam syafie~


Membuang kesulitan / kesusahan daripadanya
• Membantu jika dia dalam kesusahan
> so bantulah sahabat/rakan/kawan kita bile mereka dalam kesusahan..ingat kite hidup di dunia ini adalah untuk mencari redha Allah. mungkin bila kita selalu tolong orang, bantu orang dalam kesusahan InsyaAllah Allah akan beri balasan kat kite. mane tahu kolu kite susah orang-orang yang kite tolong, akan tolong kita pulak. tp ingt kite tolong orang bukan mengharapkan balasan tetapi niat semuanya kerana Allah.
> bagai ana maksud sahabat ni berbeza dengan kawan, kalau sahabat ni dia ada dengan kite bile mane kite susah atau kite senang, dia ada membantu kite dan dia yang mengingatkan kite kepada Allah.

Menutupi aibnya
• Menjauhkan diri dari sifat dengki, sakiti hati, benci, zalim dan sombong
> perlihara la sahabat kite, tutup la aibnya..
>jauhkan diri dari segala macam perasaan yang tidak baik, jangan berlaku zalim kepada sahabat kita. kalau nak bergurau pun biar berpada-pada.
> ana da pengalaman, bila kita rapat, baik dengan sahabat kite hubungan kite jadi sangat akrab.. ada masanya bila sahabat kita ni baik dengan orang lain tiba-tiba muncul perasaan dengki dalam hati ni. perasaan tu membuatkan emosi kita jadi tidak stabil tiba-tiba..ok macam mane kita nk buat kalau macam tu?
hmm?
kite ingat balik bile kita bersahabat kerana Allah, kita di uji dengan macam-macam dugaan.Dan da musuh kita yang suka berbisik-bisik kat kita, membuatkan kita fikir macam-macam.membuat kita berlaga-laga dengan sahabat kite ni. kite tgk ayat ni:

"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata.( surah Al Baqarah :208)

> syaitan musuh yang nyata maka bile kita terdengki tiba-tiba..cepat istifar..istifar banyak-banyak.. sebab dengki ni pun virus-virus ukhwah jugak. dia menganggu perasaan kita. sebab kadang-kadang dengan dengki ni nanti timbul pulak prasangka yang bukan-bukan..

“Hai orang2 yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa.” (QS. Al-Hujuraat : 12)

Sabda Rasulullah : “Hindarilah prasangka (buruk), karena prasangka (buruk) adalah ucapan yang paling dusta.” (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad)

>Prasangka buruk dapat mendorong kita kepada perbuatan tajassus (mencari-cari kesalahan) yang dilarang oleh agama. Juga dapat mendorong untuk menjelek-jelekkan sahabat. Betapa jauh dari cinta dan makna ukhuwah, orang yang jika marah terhadap sahabatnya, ia langsung berprasangka buruk atau mengejeknya di hadapan orang lain.

renungan:
adakah selama ni kita bersahabat kerana Allah?
atau kerana kepentingan diri kita saja?
sudahkan kita memenuhi hak dan tanggungjawab kita sebagai sahabat?
maka mari kita nilai diri kita *(termasuk ana sekali)..
jika masih tidak terlaksana
maka tingkatkan lah prestasi kurangkan lah krontrovesi..=)

Dipetik daripada: Dr Abdullah Nashih Ulwan, al Ukhwah al Islamiyyah, sms dr sahabat,

5 comments:

  1. salam...kalau da perlu di perbetulkan sila la bg tahu ye.=)
    n kolau font tulisan yg hitam tu x taw nk betulkan mcm mne dah wat byk kali jadi macam tu jgk..

    ReplyDelete
  2. org kata kita mcm suami isteri,
    kta x suka, sbb suami boleh ceraikan isteri,
    isteri boleh minta fasakh..
    kita suka jadi sahabat anti...
    kalau suami isteri boleh kekal dunia akhirat..
    kita pun nk persahabatan kekal dunia dan akhirat...
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. nice :)

    menarik, jazakillahu khair utk perkongsian ni

    ReplyDelete

networkedblogs