Bismillahirrahmannirrahim.....
Sering kite berasakan taubat kita persembahkan pada Allah SWT adalah taubat yg palsu, main-main, hanya dusta semata-mata…kerana taubat itu lebih daripada beberapa istighfar di atas lidah sahaja. Langsung tidak terkesan di jiwa..dan jiwa kita masih terikat dengan dosa malah masih wujud azam-azam baru, idea-idea baru untuk mengulanginya jika terdaya oleh nafsu & syaitan.. bila ada peluang melintas di depan mata.. dan???
Ah! Istifar banyak-banyak.. inilah penyakit jiwa wahai kawan-kawan.. penyakit yang paling berbahaya.. kerana sedikit demi sedikit ia bakal menjurumuskan manusia ke lembah
kemusnahan. Inilah antara kesan maksiat dan dosa ke atas diri manusia..
Kerana maksiat berupaya melemahkan rangsangan ketaatan di hati seseorang bahkan sebaliknya ia sentiasa cenderung untuk menguatkan rangsangan kemaksiatan dan kemungkaran…
Di dalam banyak-banyak ketaatan itu, pernahkah kita terasa untuk bertaubat pun sukar sekali?
Apakah terjadi dengan rangsangan taubat kita??
Ia menjadi lemah sedikit demi sedikit sehinga terpisah langsung dari perasaan ingin bertaubat.
Oleh itu kawan-kawan bersyukurlah apabila rangsangan untuk bertaubat masih ada di dalam sanubari kita. Kerana hilangnya deria jiwa untuk bertaubat bakal mengheret seseorang ke gerbang kemusnahan. Musnah agama, musnah iman, musnah hubungan dengan Allah SWT.
Sesungguhnya kemusnahan rohaniah lebih dasyat kesannya daripada kemusnahan lahiriah..
Analoginya bergini..
Jika sebuah kota istana yang telah runtuh dek kerana peperangan dan kemusnahannya telah menghancurkan 85% struktur kota tersebut. Namun kota tersebut akan dapat dibina semula..tidak kisah la beberapa tahun, beberapa dekat, atau pun beberapa abad…kota tersebut boleh lagi dibina semula..tetapi jika kemusnahan jiwa yang mennyeluruh kesannya membawa ke mati.
Justeru kita berpandangan jiwa kita perlu kepada usaha dakwah atau tarbiyah yang berterusan supaya rangsangan ke arah ketaatan dan taubta itu sentiasa subur, kembang dengan mekar mengatasi serta melampaui rangsangan terhadap dosa dan maksiat.sebelum bala tentera kemaksiatan menguasai sepenuh daerah ketenangan yang sedikit lagi berbaki di dalam kerajaan “hati”
Firman Allah
“…wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”
(At-Tahrim:8)
sumber :
No comments:
Post a Comment