gambar hiasan
Bismillah
Salam..
Alhamdulillah di kesempatan yang Allah berikan kepada ana untuk terus hidup di atas muka bumiNya..menghirup oksigen yang kite tidak nampak tapi kita rasai yang oksigen itu ada. Berdiri dengan nikmat yang Allah beri iaitu kaki. Subahanallah..sungguh banyak nikmat yang Allah berikan. Sesungguhnya memang tidak terhitung oleh kita. Lihat firman Allah :
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya . Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang" (16:18)
Ok lah..hari ni ana nak kongsi dengan para pembaca semua tentang rezeki. Anda rase cukup x rezeki yang Allah berikan kepada kita selama ini? mesti ada yang jawab cukup, Alhamdulillah malah berlebih-lebihan lagi dan mesti ada yang jawab cukup la untuk hidup.. dan mungkin ada segelintir yang akan cakap tak tahu la rezeki ni selalu tak cukup-cukup je..
Hmm? Macam mane tu?
Ok xpe2..mari kite fikir-fikirkan duit kita tu kita belanja kan di jalan mane?
Dan macam mane perancangan kewangan kita?
Baiklah..katakanlah, kita tengah berjalan-jalan tiba-tiba terserempak dengan orang yang sangat memerlukan bantuan. Dan bantuan yang diperlukan itu ialah wang ringgit. Kebetulan time tu kita da rm 30 je. Namun dengan melihat keadaan orang tu yang sangat memerlukan bantuan terkesan dalam hati kita ni jadi kita menghulurkan separuh duit yang kita ada kepada orang tu. Jadi pada kita tinggal separuh je duit yang kita ada tadi. Ok kita dah bagi duit kita tadi kat orang tu, duit pada kita berkurang ke bertambah?
Hehe..macam soalan matematik lak kn.. tentulah berkurangkan..tinggal rm 15.. itulah jawapan dari kita..
Namun itu adalah apa yang kita nampak secara zahirnya, pada hakikatnya jika kita memberi dengan hati yang ikhlas dengan berlapang dada. Kita akan mendapat ganjaran yang lebih besar dari Allah. Mungkin duit yang kita berikan kepada orang yang dalam kesusahan tadi akan berlipat kali ganda kita dapat balik.
Ok mari kita selami maksud firman Allah ini:
“bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ia sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dia kehendakinya.” (2:216)
Itulah “jawapan” Allah. Bagi Allah, sekiranya kita memberi dengan seikhlas hati, wang kita beri tidak berkurang malah bertambah. Bertambah bukan setakat sekali, dua kali atau tiga kali ganda, bahkan berganda-ganda akan bertambah..
Bagaimana boleh jadi macam tu? Betul ke?
Ok lah..macam mane tu ye?..ok kita tak boleh tengok dari segi jumlah duit bertambah je..tapi kita harus melihat dari pelbagai sudut, menyeluruh.. yang penting sekali kita lihat dari aspek keberkatannya.
Kita tak boleh tengok banyak ke atau sikit rezeki yang kita dapat tapi kita perlu melihat dari aspek berkat atau tak. Kalau rezeki yang kita dapat tu berkat sikit pun sudah memadai. Percayalah..
Ada satu peristiwa ketika perang khandak.
Ketika para sahabat dan Rasulullah sedang menggali parit. Ada seorang sahabat ni nampak rasulullah mengikat perutnya dengan tali. Dan para sahabat tu tahu bila Rasulullah buat macam tu Rasulullah sedang mengikat perut. Lalu sahabat tu telah mengajak Rasulullah makan di rumahnya. Tapi rasulullah x sampai hati sebab sahabat yang lain pun lapar jugak mase tu jadi Rasulullah pun mengajar sahabat yang lain untuk makan bersama-sama tapi waktu tu hanya da sebuku roti dan di dicicah dengan gulai seekor kambing yang kecil je..kolu kita bayangkan sikit je kan.. dengan waktu tu ramai orang. Dan waktu tu rasulullah sendiri yang mencedukan kepada setiap orang. Dan Alhamdulullah dengan sebuku roti dan gulai tadi cukup dan semua para sahabat kenyang. Tulah berkatnya.
Kita yakin Allah adalah Al-Razzak ( Maha Pemberi Rezeki) dan Al-Wahhab ( Maha Pemberi). Apabila seseorang memberi kepada seseorang yang lain hanya ingin mendapat keredaan Allah, maka Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin bukan dari segi kuantitinya tapi mungkin dari segi kualitinya.
Kita renung apa yang telah di ungkapkan oleh Saidina Ali:
“harta yang menjadi milik kamu yang sebenarnya ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah”
Kita dapat katakan rezeki itu bukanlah sesuatu yang kita terima, tetapi sebaliknya apa yang kita berikan.
Jadi hipotisis yang dapat kita katakan disini ialah semakin kita banyak memberi maka semakin bertambah rezeki yang kita peroleh..tapi ingat niat kerana Allah dan kita gunakan dijalan Allah. Dan InsyaAllah jika dengan berkat dari ape yang kita beri kita akan mendapat balasan dan mungkin rezeki yang datang pada kita dalam bentuk ilmu/masa/tenaga/harta.
Ramai yang fikir rezeki yang kita simpan ialah hak kita. hmm..hakikatnya belum tentu apa yang kita simpankan itu kita punya sebab mati itu boleh datang tiba-tiba. Dan apabila kematian itu datang harta yang kita simpan sudah bertukar tangan.
pelik tapi benar..
ok kita selalu jumpe dengan orang yang pendapatanya kecil je tapi hidupnya senang dan tenang malah bahagia dan serba cukup kerana berkat hidupnya terarah, anak-anak di didik dengan baik, isterinya solehah dan dijaga dengan baik. Itulah balasannya hidupnya tenang walaupun tidak kaya.
Dan kita pun da jumpe dengan orang yang kaya harta melimpah-limpah,gaji besar tapi hidupnya kacau bilau, isterinya melawan cakap, anak-anak liar dan macam-macam masalah yang melanda hidupnya. Dan yang peliknya duitnya dirasakan tidak pernah cukup.
Renunglah..
Sabda Rasulullah SAW :
“ Dua kaki seorang hamba tidak dapat bergerak pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara. Tentang umurnya, untuk apa ia gunakan. Ilmunya, yang mana dia telah amalkan. Hartanya dari mana dia mendapatkannya dan sekaligus digunakan untuk apa. Dan tubuhnya untuk apa dia manfaatkan” (HR At-Tirmidzi)
Nah, mari hayati hadis ini. Tepuk dada tanya iman..macam mane dengan kita?..cukup x apa yang kita ada selama ni? Kemana harta kita belanjakan? apa sudah cukup apa yang kita berbuat selama ni?
mari renung bersama..
rujukan: solusi
Betul kompas kehidupan...
ReplyDeletemakanan kalau dikongsi memang ade berkatnya...
kita kan selalu buat...
hehehe...
lg berkat ukhwah pun btambah erat.,lamanya xmkn sama2..hehe
ReplyDelete