Sunday, September 12, 2010

peta hidup


BERARA BANYAK PETA YANG KITA ADA? HIDUP MANUSIA ADA MULA TETAPI TIADA PENGHUJUNG. ALLAH TIADA MULA DAN TIADA PENGHUJUNGNYA. BERAPA BANYAK PENGALAMAN YANG TELAH DI KUTIP. SENANG SAHAJA, KEMATIAN YG PELBAGAI CARA ITU PUN MERUPAKAN PENGALAMAN MASING MASING HATTA IA SEORANG WALI. MRK MASIH MEMPUNYAI KITARAN YANG SAMA SEPERTI SEMUA, MUSLIM OR NON MUSLIM.

persoalannya, adakah kita membawa dan membina kehidupan bersama roh ketika di dunia. mungkin dalam solat kita tidak membawa roh bersama sembahyang. ya, kita mengucap sendirian lahiriah shj. maka berkatalah roh kenapa aku tidak di bawa mengucap sekali semasa dikau sembahyang. tidak kah kita tidak berlaku adil? masa kita bekerja kita tidak bawa dia bersama bekerja. maanusia yang ingat ingatlah akan dia. mana yang tidak tidak lah di bawanya. adakah kita ingat dunia dengan mengingati syuga dan neraka? takut ia merupakan penghalang kepada diri dan ruh seseorang. sesungguh takut tidak menjanjikan apa apa kemenangan baik kepada kehidupan dinia mahupun syurga. kerna Allah maha menyaksi.

Al fatihah shj merupakan kunci dan gedung kepada keimanan. dari ayat pertama sehingga ayat tujuh. setiap hari di baca. tetapi adakah kita mengikuti keperluannya dalam tingkah laku dan roh setiap hari. namakan shj, adakah kita selesa bila terlepas niat bila nak mula berbuat sesuatu. adakah kita masih selesa bila nikmat yang diberkan kepada mereka bukan kpd mereka yang enakau murka dan bukan mereka yang sesat.????

Keberanian yang tidak menjadi nikmat juga merupakan sesuatu yang tidak selesa kepada sesiapa jua. Kebiasaannya manusia merupa dan menturuti keperluan lahiriah dan sainsnya shj. Jika sudah di ulang beribu kali al fatihah dalam kehidupan sembahyang mahupun tidak adakah al fatihah tadak memberi sumbangan terbesar utk berdaya maju. apakah objektif kehiudupan yang allah berikan tidak sama dengan objektif kehidupan sekular? kita sudah berada pada zaman yang mentediakan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Adakah kita perlu menangani cabaran dengan kesedihan yang boleh merentap jiwa dan roh? kesedihan, ketakutan, keraguan boleh meragut kekuatan al fatihah dalam kehidupan harian. al fatihah merupakan sesuatu yang hidup tetapi lahirah manusia tidak lemah fisiologinya. umumnya, lain orang nampak nampak kenegatifan kita. Muhammmad tidak pernah dipandang jengkel dan tiada siapa dapat menduga kekuatan nya. sentiasa di takuti dan di geruni walaupun luaran, lahiriahnya lembut, sopan dan penuh tertib.

kadang kadang kita sendiri yang mencipta kemelut dan salah tanggapan sedemikian. Untuk mem,betulkan salah tanggapan, nau zubillah teramat susah. Susah untuk keluar daripadanya. Sehingga membawa padah. Definasi kemelut sedemikian mempunyai parameter sebab musabab yang tersangat luas. perlu di teliti sebaik mungkin.

MAKA PERJALANAN MANUSIA YANG SETAKAT KITA PAHAM DAN TIDAK MELALUINYA, TIDAK MERASAI SUSAH SENANG NYA IBARAT TAK ADA APA APA. SAMBIL BUAT, SAMBIL AMAL KETIKA ITU BELAJAR DAN BERUSAHA. SAMA JUA, SAMBIL BELAJAR KITA BUAT DAN AMALKAN DAN KETIKA ITU KETIKANYA KITA MEMPEMPERBAIKI. SEKULARISMA, BELAJAR DULLU TETAPI SETETELAH TAMAT BELUM TENTU KITA MENGAPLIKASIKANNYA. SAMA JUA, KITA BELAJAR DENGAN P’ KIYAI BILA TAMAT KITA DI PAKSA MENGAMALKANNYA SUPAYA LEBIH BERMAKNA. KITA SENDIRI YANG MEMBINA THE IMPORTANT AREA IN LIFE. THE IMPORTANT AREA TO ALLAH ARE IMAN, BERKAT, IKHLAS DAN BENAR. HANYA MEREKA YANG BENAR BENAR MELALUI IHKLAS DAN BENAR YG TAHU BETAPA PERIT DAN GETIRNYA. SELAGI TAK LALU, MAKA TAK DE LAH PENGALAMAN TU.

KITA HANYA DENGAR KEAJAIBAN DAN KEJUTAN SAHAJA YG KITA RASA DAH CUKUP UTK MEMATANGKAN PROSES PETA KEHIDUPAN.

sumber :http://dakwah.info/featured/peta-hidup-manusia/

Friday, September 10, 2010

Hukum Menonton di Panggung Wayang


Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar? Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?

Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.

Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.

Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah. Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.

Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.

Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya. Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini. Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.

Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan Daulah Khilafah yang memelihara umat. Sememangnya, seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah, Nauzubillah!

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita, mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja keras menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya nasib umat ini akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan kegembiraan. Wallahu ‘alam

Sumber: Islamic Revival , terjemahan dari penulisan bahasa Arab Sheikh Ata Abu Rashta

Wednesday, September 8, 2010

hari raye yang sebenar...


Sempena esk nk hari raya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad SAW Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.

Menjauhi Dosa

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

Sakaratul Maut

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakaratul maut, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikat maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga, kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita.

Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Jambatan Menuju Syurga/Neraka

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas.

Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Syurga

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hari raya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya.

Aidilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hari raya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakaratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

Monday, September 6, 2010

jangan pergi lagi...aku masih memerlukanmu..

sungguh pantas masa berlalu..
waktu pengajian di universiti ramdhan hampir tamat..yang berjaya mendapat segulung ijazah tahniah di ucapkan..selamat meraikan hari raya aidilfitri...
dan semoga pengajian di universiti ramadhan akan datang kamu akan menyambung pengajian kamu untuk master atau phd..

wahai ramadhan..
diri ini masih memerlukan mu..
jangan pergi lagi..

indahnya ramadhan
mengajar ana erti bersabar,
mendidik nafsu, memelihara lidahku
menghargai setiap hari-hari yang ku lalui..
sungguh istimewa ramadhan..



untuk teman,
jika kamu menghayatinya kamu akan mengerti..
jika kamu betul-betul menghargainya
kamu pasti mahu ramdhan sepanjang tahun..
kamu pasti tidak akan melepaskan tiap hari yang kamu lalui..


pengajian di universiti ramadhan


"Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan."
(Muttafaq 'alaih)

"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwatnya karena taat pada perintahKu(Allah). Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya, sedang sesuatu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipat gandanya."
(HR. Imam Bukhari) -Hadis Qudsi

"Apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, maka
janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa."
(Muttafaq 'alaih)

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta, maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya. Maksudnya: Di waktu berpuasa itu hendaknya meninggalkan hal-hal di atas, agar puasanya tadi mendapat pahala."
(HR. Bukhari)

Hmm.. Namun begitu, adakah semua muslim berjaya terdidik dengan didikan-didikan di dalam Ramadhan?
Adakah pasti, diri kita ini sudah menjadi seorang insan yang lebih baik selepas melalui bulan Ramadhan?


ana sendiri tidak pasti...
mengharapkan Allah menerima segala amalan kita dibulan ramadhan ini..
semoga pengajian yg dilalui di bulan ramadhan akan meningkatkan iman ini...
ramadhan kau pasti kurindui..

networkedblogs