Saturday, May 7, 2011

ape hukum sambut hari ibu?


Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?
Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.
Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.
Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.
Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.
Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Friday, May 6, 2011

sabar itu indah

siapa pun kita tidak terlepas dr pelbagai musibah yg melanda diri, bile di landa musibah hati mula goyah, fikiran terganggu, jiwa celaru. kite ni mcm dah diselubungi kegelapan. gelap. pelbagai perasaan singgah dlm diri kite. tapi bila kite datang kn sabar dlm diri pada ketika itu. hati mula utk tenang. emosi kembali utk stabil. fikiran mula utk mempositifkn diri. kite yg dlm kegelapan tdy akn cerah di terangi cahaya.
merenung sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud "sabar itu umpama sinar matahari"(muttafaq 'alaih)

paling sukar dihadapi apabila sesuatu perkara melibatkan emosi. selalunya orang boleh bersabar kolu da ujian menimpa walaupun lama  kerana masa akan merawat sedih tu. tp pd peringkat pertama apabila ujian tu menyerang manusia cenderung utk menjadi terlalu emosional. pd waktu tu manusia dikuasai oleh perasaan marah/sedih/kecewa/etc..
kolu dah dikuasai emosi dan xdpt nk fikir gan betul dan semua tindakan dah xrasional. 

jadi bila kita mcm ni, lebih baik utk kite cepat2 kite ingt Allah. istirfar byk2 sebaik sje menerima ujian2 dunia ni. wat la monolog dalaman "aku hamba Allah, aku layak dan patut diuji"....terima la kenyataan dan jgn cube utk menafikan dgn memberontak..mengeluarkan kata2 yg diluat jangkaan. monolog dlm yg negetif "knp aku?".."ape tujuan sume ni?".."ape salah aku wat mcm ni?" ....
jauhkan sume yg negetif....positif kn diri..terima hakikat segalanya telah berlaku dan kita memang patut menerimanya. 
Jangan sesekali menyalahkan orang lain. lebih2 lg menyalahkan takdir..salah kn takdir sama la mcm kita salahkan Allah. ingat lah SETIAP MUSIBAH YG BERLAKU PASTI DA MAKSUDNYA BAIK DARI ALLAH(just kite je xdpt fikir baik2 time tu sbb emosi yg x stabil) jadi kolu nk wat keputusan atau ape2 pun pastikan kita bukan dlm keadaan emosi yg x stabil..tidak salah utk jadi org bersabar..memang sukar tp itulah yg indah dan itu lah yg Rasulullah ajar kpd kite.jadilah insan yg bersabar. 
Rasulullah diuji lebih hebat dr kite. Rasulullah apabila diuji terus bangun mendirikan solat dan berdoa kpd Allah utk mendapat keampunan Allah(walaupun Rasulullah tidak berdosa). betulah sikap Rasulullah adalah seperti al-Quran. sbb setiap tindak tanduknya menepati perintah Allah. melalui firman-Nya. yg bermaksud "dan pohonlah pertolongan daripada Allah dgn sabar dan mengerjakan solat"(surah al-Bawarah,2:45)

Jangan cepat mengeluh, tp tahanlah hati dr bersangka buruk dgn manusia dan Allah. jgn lagi lihat sebab-sebabnya tapi kaitkan dulu dgn penyebab(Allah), Ibn Mubarak berkata; "bencana itu hanya satu tpi akan menjadi dua jika kite mengeluh dan kedua hilang pahala akibat mengeluh."

kesabaran seseorang muslim bukan utk di eksploitasi dan dimanipulasi. tp kite mesti belajar dan mengambil iktibar dari sesuatu musibah kerana sifat org beriman tidak akan terjerumus ke dalam lubang yg sama dua kali. 
org yg sabar itu sentiasa mencari apa punca sesuatu musibah itu berlaku. merangka solusi utk settelkan masalah. memilih solusi  yg terbaik dan terus bertindak melaksanakannya.




-hiasilah diri dengan sabar...kerana sabar itu indah..sabar ganjarannya syurga...jadilah org yg bersabar-

networkedblogs