Monday, February 14, 2011

Assalamualaikum Ya Rasulullah





Pernah suatu ketika, sedang Rasulullah (S.A.W.) berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah (S.A.W.). Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan "Aku amat merindui para ikhwanku.."
Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya,
“Bukankah kami ini ikhwanmu?"
"Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku," kata Rasulullah.
Ikhwanku itu adalah mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

*Lalu pandang & renunglah pada diri kita, adakah kita layak bergelar ikhwan Baginda…?
_________________________________________________________________________
BERMULA KEHIDUPAN ANAK YATIM
"bukankah engkau dalam keadaan yatim-piatu? lalu Dia (Allah) melindungimu? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? "
 (Ad-Dhuha:6-7) 
Nabi Muhammad SAW dilahirkan  di Mekah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M).
Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.
Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib .



  •  Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda.
  • Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. 
  • Menurut tradisi keluarga atasan Mekahbaginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat AKA ibu susuan yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun

3 pengajaran penting..
Citarasa yg tinggi dan sensitiviti yg halus adlh 2 keistimewaan yg dianugerahkan Allah kpd Rasulullah SAW. (memupuk semangat berkerja keras,berani, sopan dlm berinteraksi, bersyukur,mengenali kebaikan)
Sesungguhnya mudah bagi Allah utk menyediakan segala kesenangan pada permulaan hidup Rasulullah tapi kita dapat lihat bertapa hebatnya Rasulullah dapat berdikari hidup bersusah payah..lihat lah bagaimana Allah mendidik Rasulullah.bertapa indahnya akhlak Rasulullah..


Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah SAW
  • 1st semasa Rasulullah SAW berada d dlm kandungan bondanya Aminah, beliau tidak merasa susah mcm ibu2 yg lain.
  • 2nd peperangan tentera gajah yg d sebut dlm surah Al-Fill.
  • 3rd baginda di lahirkan dlm keadaan terbaring dgn dua tgnnya mengangkat ke langit seperti orang yg sedang berdoa.
  • 4th 1 goncangan berlaku di mahligai kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak n 14 tiangnya runtuh(tanda2 keruntuhan kerajaan tersebut.)
  • 5th api di negara parsi yg x pernah padam 1000thn terpadam dgn sendiri.(api sembahan org2 majusi)
  • 6th Tasik sava yg di anggap suci tenggelam ke dlm tanah.
  • 7th binatang ternakan dan ladang Halimatus Sa’adiah menjadi subur selepas kemarau.
  • 8th tompokan awan kecil di atas kepada melindungi baginda dr panas matahari.
  • Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.
  • Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib.
  • Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
  • Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
  • Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
  • Allah memelihari Baginda drpd segala perlakuan muda mudi yg menyeleweng dan tidak berfaedah.
p/s: ni nota ringkas dari ana..


kita adalah umat Rasulullah..jika kamu semua tahu bertapa sayangnya Rasulullah pada umatnya..pada saat terakhirnya menyebut umatku,umatku... untuk mendapatkan cerita yang lebih lanjut mengenai detik-detik kewafatan Rasulullah saw boleh la ke post Ya Rasulullah.




 Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment

networkedblogs