Saturday, January 30, 2010

perkongsian bersama


wahai Nabi, katakn lah kpd isteri2 mu, anak2 perempuanmu dan isteri2 org mukmin,
"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka".yg demikian itu agak mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. surah Al-Ahzab ayt 59.
InsyaAllah..same2 lah kite hayati dan renung2 kn ayt ni..
sy yakin rakan2 yg membace ayt ni akan faham..
InsyaAllah mari lah kite sampai2 kn kpd rakan2 yg lain...


Thursday, January 28, 2010

perkongsian bersama

sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau.jika kamu beriman serta bertakwa,Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan dia tidak akan meminta hartamu..surah muhammad:ayt 36..
marilah kite renung2 kembali..mari lah kite mensyukuri nikmat Allah yg masih ada pd kite..iaitu nikmat melihat,mendengar,mcm2 lg nikmat Allah..dan kite masih lg diberi kesempatan utk hdup di muka bumi Allah ini..jika kite fikirkan Allah tidak meminta untuk kita membayar segala nikmat yg Allah berikan..terlalu byk nikmat yg Allah berikan kepada kita..Alhamdulillah..

analogi yg sy nk kongsi kat cni..kolu kite membeli sebungkus gula..kita perlu membayarnya dgn harga sebungkus gula....tetapi Allah telah memberi kita bermcm2 nikmat kat dunia ni..tp Allah tidak meminta utk kite membayar nye..kolu kite fikir, jika Allah meminta utk kite membyr sume nikmat2 yg Allah bg kat kite..MasyaAllah..sesungguhnya x terhitung brp juta yg kite kene byr kn..jadi marilah kite runung2 kn..laksanakan lah ape yg disuruh..tinggal la ape yg dilarang..InsyaAllah..mari lah sama2 kite menggingati antara satu sama lain..InsyaAllah..

Tuesday, January 26, 2010

kelebihan membaca surah Al Mulk

salam.kali ni edit blog nk kongsi bersame pasal Surah Al Mulk...surah ni adalah surah
keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan kpd pembaca-pembacanya
dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka
sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika
berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al
Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah
mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu
diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang
bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar
pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di
sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

bagi sesiapa yang menghafal surah ini Alhamdulillah..

InsyaAllah..surah ini akan membantu bagi pembaca-bacanya dia akhirat kelak..

sesungguhnya tiada ruginya jika kite same2 mengamalkan nya..tp kite ni slalu lalai n alpa..

jadi disini nk mintak tlg kpd sesiape yg bace pasal ni sebar2 kn lah kpd kwn2 yg lain..beringat2 lah sesama kite..InsyaAllah...

Allah pasti akan menolong orang yg menolong(agama)-Nya..surah Al Hajj ayt 40

Tuesday, January 19, 2010

demi matahari

Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari
Demi bulan apabila mengiringinya
Demi siang hari apabila menampakkannya
Demi malam apabila menutupinya
Demi langit serta pembinaannya
Demi bumi serta penghamparannya
Demi jiwa serta penyempurnaanNya
Maka dia mengilhamkan kepada kejahatan dan ketakwaannya
Sesungguh beruntung orang yang menyucikannya
Dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya

Wednesday, January 6, 2010

rase

dlm idup ni byk prkare yg x terungkap dgn prkataan yg membabitkan rse ksih,rse syg kte kpd sesuatu prkare lain,
dlm idup ni byk benda yg x dpt di trjemahkn dgn ungkapan yg mlibatkn rse pilu,syahdu kte kpd sesuatu benda yg lain.
sesungguhnye prkare yg x trungkap dgn prkataan, benda yg xdpt d trjemahkn dgn ungkapan mrupakan pgalaman yg manis yg mnguji kcekalan dri,
menduga ktabahan hati utk mneruskan kdewasaan idup.

"rse kasih & syg ni sbenarnye 1 prasaan yg d kurniakn Tuhan yg tidak tertanding nilainye.."

networkedblogs