Sunday, May 30, 2010

konvoi bantuan ke gaza diserang.

dari crisis management team..
terkini konvoi freedom flotilla diserang.
2 aktivis meninggal dunia, lebih 30 orang cedera..
(10.30 pagi waktu malaysia..)


Kapal Perang Israel Bersedia Halang Konvoi ke Gaza

Israel menyatakan bahawa Angkatan Laut mereka akan dikerahkan untuk mencegah konvoi bantuan dari sembilan kapal dari armada kebebasan yang akan masuk ke lajur Gaza melalui laut.

Sejumlah kapal perang Israel telah dikerahkan pada hari Sabtu lalu (29/5) untuk menghadapi armada Kebebasan, yang berangkat dari panti Cyprus menuju pantai Gaza, akhbar The Hindu melaporkan.

Koresponden Press TV Ashraf Shannon juga mengatakan bahawa ada kehadiran kapal tempur bersenjata lengkap Israel di kawasan pantai Gaza.

Penyelenggara aksi armada kebebasan, mengatakan pada hari Sabtu bahawa setidak-tidaknya dua dari kapal armada kebebasan sistem hidroliknya mogok "dalam situasi yang mencurigakan," lapor German Press Agency (DPA).

Di bawah tekanan dari Tel Aviv, pegawai Cyprus menolak untuk membolehkan kapal rosak itu ke dermaga untuk perbaikan. Dua puluh lima ahli politik internasional, aktivis dan seniman juga dilarang bergabung dengan kumpulan itu pada hari Jumaat lalu.

Penulis buku laris Swedia Hanning Mankell, dilarang bergabung dengan armada di Cyprus dan dia mengatakan: "Membatasi kebebasan kami bergerak hanya akan berkontribusi lebih menarik perhatian dunia terhadap gerakan kami dan jalur Gaza."

Menurut laporan DPA, armada akan memutuskan apakah akan berlayar pada hari Sabtu atau hari Minggu ini.

Israel telah mengancam menangkap atau mendeportasi para aktivis danahli politik yang ada di dalam kapal yang akan menuju ke Gaza.(fq/prtv)

sumber

Warga AS Rela Lepas Kerakyatan Demi Gaza, PALESTIN

Demi Gaza seorang warga Amerika yang ikut dalam konvoi kapal bantuan ke Jalur Gaza, ‎melepaskan kewarganegaraannya dalam rangka memprotes politik imperialisme ‎Amerika Serikat dan penjajahan Rejim Zionis Israel. ‎

Akhbar Turki Yeni Safak melaporkan, Ken O'keefe seorang warga Amerika yang ‎bergabung dalam konvoi kapal bantuan untuk Gaza yang bergerak dari Ireland, telah ‎menyatakan melepaskan kewarganegarannya sebagai protes terhadap Amerika dan ‎Israel. ‎

Dalam menjelaskan tindakannya ini, O'keefe berpendapat bahawa Amerika Syarikat ‎merupakan biang dari semua perang dan pendudukan di seluruh dunia. Oleh kerana ‎itu dia melakukan aksi protes menentang tindakan Amerika dengan melepaskan status kewarganegarannya. ‎

Pada bahagian lain, Matteus seorang warga Eropah dengan sukarela menyewa sebuah kapal dari Sweden ‎dan bergabung dengan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Dia menyebut Eropah ‎munafik dan kerana itu dirinya merasa malu menyandang status sebagai warga ‎Eropah. (fq/irib)

sumber

Konvoi Bantuan ke Gaza Bertolak

Mavi Marmara kapal utama kafilah Freedom Flotilla to Gaza berpenumpang 750 aktivis kemanusiaan anggota parlimen dari 12 negara wartawan bersama 8 kapal lain akan menembus sekatan Israel menuju Gaza membawa bantuan kemanusiaan.

Dua belas orang anggota delegasi Indonesia dalam kafilah kapal kemanusiaan Freedom Flotilla (Armada Kebebasan) dijadualkan menaiki kapal Mavi Marmara sore ini jam 5 (jam 9 malam WIB) dari pelabuhan Antalya, di Laut Tengah, Turki. Keduabelas orang ini bergabung dengan sekitar 750 orang aktivis kemanusiaan, lebih 50 negara.

Tujuan perjalanan ini adalah menembus pengepungan angkatan laut Israel demi menghantarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, kawasan Palestin yang sudah hampir 4 tahun terakhir ini diembargo baik secara militer, politik, dan ekonomi oleh Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan lain-lain. Embargo itu disebabkan rakyat Gaza memilih untuk tidak tunduk pada tindakan penjajah Israel dan menginginkan kemerdekaan sepenuhnya bagi seluruh rakyat dan tanah Palestin yang sejak 63 tahun lalu dijajah Israel.

Kafilah Freedom Flotilla yang terdiri dari 9 kapal yang digerakkan oleh 6 organisasi non-pemerintah dari Turki, Britain, Sweden, Italy, Algeria dan Malaysia.

Di bawah kordinasi IHH (Insani Yardim Fakvi, organisasi kemanusiaan terbesar di Turki), delegasi Indonesia yang sejak Khamis minggu lalu berdatangan ke Istanbul, kini sepenuhnya siap berangkat ke Gaza.

“Dengan membersihkan hati dan meluruskan niat, hanya untuk mencari redha Allah,BismillahirRahmaanirRahiim… kami berdua belas mewakili 220 juta rakyat Indonesia, ikut dalam kafilah ini membantu saudara-saudara kita di Gaza yang sedang dizalimi sekaligus menyatakan ‘tidak’ kepada kebiadaban penjajahan Israel selama 63 tahun terakhir ini,” demikian dikatakan Ferry Nur, ketua delegasi Indonesia yang juga Ketua Umum KISPA (Komite Indonesia untuk Solidariti Palestin).

Kafilah Freedom Flotilla memutuskan tetap berangkat sesudah 2 hari tertunda kerana menunggu kedatangan kapal dari Britain yang terlambat. Rencananya 4 kapal dari Britain, 1 kapal dari Italy, 1 kapal dari Sweden, dan 3 kapal dari Turki tengah malam ini akan bergabung di perairan Cyprus untuk selanjutnya masuk ke perairan Gaza.

Fahmi Bulent Yildirim, Presiden IHH, menyatakan bahawa kafilah Freedom Flotilla akan berlayar dari perairan internasional langsung ke perairan Gaza yang jauhnya lebih 80 mil dari perairan yang dikuasai Israel. “Jadi sebenarnya tidak ada alasan bagi Israel untuk menghalangi masuknya kapal-kapal ini ke Gaza,” tegas Bulent.

Namun begitu, baik pemerintah Israel maupun kelompok-kelompok masyarakatnya, telah berkali-kali menyatakan akan menghalangi kedatangan kapal-kapal ini dengan berbagai cara. Mulai dari ancaman serangan militer, demonstrasi dengan 16 kapal, mahupun dengan menyiapkan bangunan dengan kapasiti 1000 orang yang akan dipakai untuk memenjarakan seluruh anggota kafilah Freedom Flotilla.

Sejak akhir minggu lalu, 3 buah kamera sudah terus menerus menyiarkan secara langsung (live) segala hal yang terjadi di kapal Mavi Marmara, kapal utama kafilah ini, yang disiarkan lewat TURKSAT 3A dengan downlink frequency 11,154, symbol rate 2222, polarization: horizontal, FEC: 5/6. Gambar-gambar itu disiarkan 24 jam sehari secarastreaming maupun live di laman www.ihh.org.tr

Delegasi Indonesia bersepakat untuk berjanji setia dengan kepemimpinan kafilah di bawah Fahmi Bulent Yildirim, pria Muslim keturunan Kurdi, negeri asal Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi yang membebaskan kota Al-Quds dari penjajah.

Delegasi Indonesia terdiri dari tiga lembaga swadaya masyarakat KISPA, MER-C (Medical Emergency Rescue Committee), dan Sahabat Al-Aqsa, serta 5 orang wartawan dari Aljazeera Indonesia, TV-One, Hidayatullah.com, Majalah Alia, dan Sahabat Al-Aqsha.

Perkembangan perjalanan kafilah Freedom Flotilla dan delegasi Indonesia juga boleh dipantau melalui laman:

www.kispa.org

www.mer-c.org

www.hidayatullah.com

www.sahabatalaqsha.com

sumber

Tuesday, May 25, 2010

Dewa 19 dan Dajjal

Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al- Masih dengan sabdanya: " Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu."

Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).


Dan... simbol2 mata satu sering dipaparkan... tanpa anda sedari.. antaranya artis..



Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan muzik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?

Kumpulan muzik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan muzik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.[dani.jpg]

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.

Dewa-Sweetest Place

This is the sweetest place
Baring my feeling
I'm welcoming an eye
Into the darkest one
It tells me not to worry
For the time is yet to come
For someone to arrive
And heal the troubled one
Suddenly the rainfalls
Showering a desert stone
Wash away these tears of yesterday
I hear the sound of
A raising chorus
Sung by the angels
And the broken heroes (ni kutuk Imam Mahdi ke?)
I wont go back now i feel so right
I've found a place
Where dreams and life become one
And finally i don`t have to run
I've found a place
Where dreams and life become one
Become one




One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion



Pillar Of Freemason






Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.




Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka minda anda, jawapannya ada di situ.

sumber

Saturday, May 15, 2010

tanggal 16 mei..
hari guru di sambut satu malaysia..
di ruang ini saya nk ucapkan selamat hari guru kepada semua guru terutama di tempat yang telah saya menuntut ilmu..
kolu dri tadika saya dulu tadika kar kemas kampung padang.ingt lg time tu cikgu ros, cikgu liza..
kolu skolah rendah..kat sekolah rendah kg padang.. dr tahun 1 sampe tahun 6..time skul rendah sy pengawas..nk cete ak di kira org yg terkenal kat skul time tu..di sebab kn kedai parent sy depan skul je..hehe..lagi satu..family sy dari k.long sampe la yg bongsu..sume skul kat situ..
sy ingt lagi cikgu zaki..dia pernah denda sy duk depan kelas..hehe..sebab nye..sy terjentik kertas kat dia..sebenarnye bukak nk jentik kat dia..tp kertas tu pergi kat dia( sasaran terpesong)...so kne la berdiri depan kls sampe hbs kls dia..cikgu zaki mmg garang..sape2 yg x wat keje dia msty kne ketuk kepala dengan kapur tulis..time tu kn gune kapur lg.. tp tu dlu..student skng x boleh da nk pukul2 ni..kne cubit pun dah bg taw mak..n mak lak dtg serang kat cikgu..hmm..pasal isu ni..kite pk2 kn la sendiri..sbb sy pun kolu kne tarik telinge or kne ketuk dengan s*****.. sy cete kat mak..tp mak sy duk gelak kn sy je..sbb pk logik..kolu kne sume tu msty da silap anak nye...


ok2...dah habis cete skul rendah..kolu skul menengah ...sy skul kat sekolah abdul rahman talib..
skul yg hebat..kolu duk dlm tu rase macam duk dalam sangkar emas..cikgu2 yg berdedikasi..proaktiv..rajin..produktif..mcm2 la..guru2nye hebat..dan plajar2nye juga hebat2.. di sebabkan pelajar n guru2 yg hebat..jdy hebat la skul itu..
utk cgu kusyg sebenarnye setiap hari adalah hari utk cikgu..

skng sy di institut pendidikan guru kampus sultan mizan.. selamat hari guru kepada semua tenaga pengajar di maktab ipg ni..terutama yg mengajar sy..
n sy juga bakal guru..hehe...
ok la...
dah x taw nk cete ape la...
jadi ape2 pun...selamat hari guru kepada semua warga pendidik..dan juga bakal warga pendidik
tak lupa kepada my sis..husni wardiana..cikgu di skul menengah lancang.temerloh pahang,n abang ipar kite di sarawak.. kepada cikgu tersayang..tiap hari adalah hari utk cikgu..=)

p/s: maaf jika da kelalahan ejaan.

Monday, May 10, 2010

Lirik Doa Rabitah-Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

Wednesday, May 5, 2010

Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Oleh: Abu Umair

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Tips pengguna facebook.


Walaupun hukum fb adalah harus, suka saya menasihati kawan2 yang menggunakan facebook agar mengambil sikap lebih berhati, justeru disarankan:

1. Memanipulasi akuan fb untuk manfaat islam melebihi kepentingan peribadi. Oleh itu kawan2 ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

2. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukup sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.

3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar( khususnya bagi wanita) tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu diingat ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

4. Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap penutupan auratnya (khususnya wanita), apatah lagi yang benar2 mendedah aurat.

5. Elakkan ghibah(mengumpat) dalam facebook kerana telah terang lagi bersuluh bahawa mengumpat yang diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya.

6. Hadkan dan kurangkkan perbincangan remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.

7. Tidak terlibat dengan permainan2 dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar suka-suka atau sebaliknya.

· Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database (pangkalan data) pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai tujuan kejahatan dan ketamakan.

Pesanan Semasa Mendengar Azan...




Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami."

Amin..amin..amin...Ya robbal a'lamin..

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A. :

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Monday, May 3, 2010

Hadith 13 - Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain

HADIS 13

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ

النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه

البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis:

1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :
kisah Abu Zar
Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-
Quran sebagaimana beliau faham.
Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula
kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.

Pengajaran hadis:
Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan
sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang
seagama.
Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan
kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang
perbezaan darjat
.





Alternatif Barangan Boikot

Assalamualaikum.....kepada sahabat2,jiran tetangga, muslimin dan muslimat, pengunjung budiman....apakah kita istiqamah dengan barangan yang jelas memberi sumbangan besar kepada israel laknatullah......??? Terkadang kita terpesona dengan promosi yang ditawarkan hingga sanggup menggadaikan lebihan 10sen,20sen atau seumpamanya dengan membeli barangan yang memberi saham kepada israel.....mudah-mudahan Allah SWT memberi kita kekuatan untuk terus boikot dan tidak lagi tergoda dengan tawaran harga murah yang meraih kertas bewarna merah, biru dan seumpamanya dari poket kita.


Disini saya sertakan barangan alternatif yang mungkin sebagai penganti barangan yang memberi saham kepada israel.

racun serangga

ubat gigi


susu

sabun mandi

sabun mandi

sabun basuh pakaian

sabun basuh pakaian

berus gigi

lampin buang

milo


lampin buang

pewangi kereta antara penyumbang terbesar
mudah-mudahan memberi panduan kepada kita dalam membeli.

networkedblogs