Thursday, November 17, 2011

Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana

Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana, menakluk setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik, hanya jika menyerahkan semua perkara kepada Allah SWT.

Jika demikian halnya, maka ayat  Hasbalah  merupakan salah satu ucapan terbaik bagi yang sentiasa mengharapkan pertolongan-Nya.Kalimat   Hasbalah  berbunyi  Hasbunallah wa ni'mal wakil ni'mal maula wa ni'mal natsir  (cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Bacaan Hasbalah itu pula yang diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika sedang kesulitan akibat pengepungan selama beberapa minggu oleh pasukan Ahzab dalam peperangan Khandaq di Kota Madinah. Dengan bacaan tersebut, Rasul SAW dan umat Islam pun keluar sebagai pemenang.

Al-Quran mengabadikan peristiwa tersebut dalam surah Ali Imran [3]: 173,''Iaitu orang-orang (yang taat kepada Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, 'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka. ' Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, 'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung'.''

Syahdan, tatkala Nabi Ibrahim AS dilemparkan ke dalam lautan api oleh para pengikut Raja Namrud bin Kan'an, ia mengucapkan  Hasbunallah wa ni'mal wakil  , dan api pun tiba-tiba menjadi sejuk. Ini diberitakan oleh Rasulullah SAW,''Akhir kalimat yang diucapkan oleh Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api ialah  hasbunallah wani'mal wakil.  ''(HR Bukhari).

Dikisahkan, ketika Nabi Ibrahim AS mula dimasukkan ke dalam kobaran api, Jibril datang dan berkata,''Apakah engkau butuh aku?''Ibrahim menjawab,''Kalau kamu tidak, tapi kalau kepada Allah, ya.''Kemudian Allah SWT berfirman, "Kami berfirman, 'Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim'." (Surah Al-Anbiyaa '[21]: 69).

Menurut Ibnu Katsir, kalimat Hasbalah juga diucapkan oleh 'Aisyah RA ketika ia mengharapkan pertolongan Allah, di saat khabar bohong ( haditsul ifqi  ) tentang dirinya beredar. Hal itu dirakam dalam surat An-Nur [24]: 11-26).
Sejarah telah memberitakan kekuatan Hasbalah yang diucapkan oleh para nabi dan orang-orang soleh, ketika mereka menghadapi cubaan besar ataupun fitnah yang berat. Kekuatannya melebihi kekuatan apa pun di dunia ini, serta menegaskan semangat tauhid pada diri orang yang mengucapkan. Iaitu bahawa hanya kepada Allah sajalah ia berserah diri, dan bahawa semua makhluk di sisi-Nya adalah lemah

Sunday, July 24, 2011

ketibaan yang ditunggu-tunggu...


Ya, ahlan. Ahlan!

Ramadan akan jelang tiba lagi. dah sedia kah kita untuk menyambutnya? Mari, kita tingkatkan power amal kita supaya di bulan yang diturunkan al-Quran di dalamnya, kita akan lebih power untuk membuat ibadat.
maksimumkan amal ibadah kita..moga kita dapat mengekalkan amal ibadah yang maksimum itu kepada bulan-bulan yang lain.
Tapi janganlah bila berlalu Ramadan, power kita pun berlalu. Kan? Jadikan bulan yang penuh berkat itu sebagai motivasi untuk menjadi lebih power dalam menjadi hamba Allah.



jihad melawan nafsu.

Monday, July 4, 2011

ku berserah

Ya Allah..
dalam letih aku merintih
aku sedar ni kelemahan ku
kelalaian ku
kealpaan ku hidup di dunia ini..
aku lemah dalam menghadapi ujian yang kau beri kepadaku
lemah tak berdaya..


Ya Allah..
kini ku merenung jauh..
apa sudah terjadi pada diri ku..
dalam suka dan duka tangis dan tawa..
terlalu banyak limpahan rahmat dan nikmatMu
aku malu..
malu dengan Mu Ya Allah..
melihat diri ini..
namum aku tetap bersyukur dan akur..
walaupun diri ini hina disisiMu
namun nikmat Mu terus mencurah2 



 ku cuba gagahkan diri..
melawan diri dari terus terhanyut dalam dunia kealpaan ini
ku memohon padaMu YaAllah..
kuatkan lah hati ini...


 Ya Allah..
padaMu aku pasrah...
aku menyerah
seluruhnya makin tercalar
cintaku kian tercabar
langkah ku entahkan mati
mendaki kasih Mu nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu
aku sangat merasai sayang Mu padaku
kekadang aku rasa murka Mu pada ku...
kerana hati ini sering alpa

Ya Allah
ampunilah hatiku yang pilu ini
lindungilah daku
pegang la hati ini
jadikan la aku orang yang bersabar dalam menghadapi ujian Mu..
ingatkan daku 
agar diri ini mengingatiMu.. 


Thursday, June 30, 2011

kawan biar ramai

salam kepada semua pembaca blog ni..maaf sudah lame x update.. Alhamdulillah kali ni da sedikit masa dan ada satu isu yang ingin ana kongsi dengan teman2 sume....
ini sekadar pandangan dari sisi ana orang lain...tapi kolu ada pandangan tambahan atau komen ana alu-alukan..

sejak dari sekolah lagi...kite selalu jumpe dengan orang yang ada geng dia...kolu kat skul dulu ana sendiri ada geng ana..pastu ada geng budak famous..geng budak pandai...boleh katekan ramai kebanyakan orang pernah hidup bergeng....

tapi hidup bergeng ni...ada kebaikan dia n ada keburukan dia...
ada orang kate kolu kite x hidup bergeng kita jadi macam loser plak..betul ke??
n kolu x hidup bergeng ni....kite macam xbanyak taw isu semasa..sama ada disekitar kite atau ape yang sedang belaku...betu ke? n kolu kite x hidup bergeng kita ni x disukai orang...betul ke??..( ni sume ana kutip pandangan orang je)

hmm...banyaknye pandangan orang...betul ke sume tu??
anda pernah mengalaminya??

keburukan hidup bergeng?
( ni ana dapat dari pandangan orang n ana pk ada betulnya..
so boleh la ana berkongsi dengan para pembace sume)
#1 hidup bergeng ni biasanye kite akan mudah terpengaruh..dengan geng-geng kite...maybe dari aspek style kite, cara kite, percakapan kite, cara pemikiran kite....betul ke?.hehe..
#2 aktiviti harian/mingguan/bulanan akan lebih bersama geng2 kite....hmm betul ke?
#3 keputusan kita akan mudah di pengaruhi oleh geng2....hmmm?..
#4 ahli-ahli geng akan cepat terase hati bile tak di ajak/ x di beritahu ape2 la...pasal ahli2 geng..hmm betul x ni?
#5 aktiviti kite akan lebih terbatas sbb ikut geng la...betul ke?
#6 kolu da gaduh2..orang yang x terlibat pun jadi mangsa...ha! betul x?
kebaikan hidup bergeng?
#1 semangat setia kawan yang tinggi....frend 4 eve~~betul x?
#2 mudah berkongsi masalah...dengan geng...so geng2 dpt bg pandangan masing..utk setel kn masalah kite..
#3 boleh stdy group dengan geng..bertukar nota....hmm betul ke ni?
persoalannya perlu ke hidup bergeng ni???

pandangan ana --->
# 1 ...orang cakap kawan biar ramai...jangan sombong..jadi ana fikir hidup bergeng ni xperlu sangat..kita jadi la univesal..kawan gan sume orang..tegur sume orang..masuk gan sume orang...
# 2.. kolu nk hidup bergeng...pastikan anda bukan la orang yg mudah d pengaruhi...( kolu menda baik ok..tp kolu x jgn ikut ye.) 
#3 jadi la matang utk berfikir lebih baik utk diri anda sendiri..pilih la kawan yang baik...yang membawa kite ke arah kebaikan..."teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah..mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama melihat gerak-gerinya terinat mati"..
#4 bile kite kawan dengan ramai orang..kita akan lebih tahu kerenah orang..so sume yg kite lalui akan mematangkan kite dengan kehidupan dunia ni...






Tuesday, June 21, 2011

10 Wasiat Imam Syafie...



Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Saturday, May 7, 2011

ape hukum sambut hari ibu?


Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?
Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.
Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.
Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.
Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.
Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Friday, May 6, 2011

sabar itu indah

siapa pun kita tidak terlepas dr pelbagai musibah yg melanda diri, bile di landa musibah hati mula goyah, fikiran terganggu, jiwa celaru. kite ni mcm dah diselubungi kegelapan. gelap. pelbagai perasaan singgah dlm diri kite. tapi bila kite datang kn sabar dlm diri pada ketika itu. hati mula utk tenang. emosi kembali utk stabil. fikiran mula utk mempositifkn diri. kite yg dlm kegelapan tdy akn cerah di terangi cahaya.
merenung sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud "sabar itu umpama sinar matahari"(muttafaq 'alaih)

paling sukar dihadapi apabila sesuatu perkara melibatkan emosi. selalunya orang boleh bersabar kolu da ujian menimpa walaupun lama  kerana masa akan merawat sedih tu. tp pd peringkat pertama apabila ujian tu menyerang manusia cenderung utk menjadi terlalu emosional. pd waktu tu manusia dikuasai oleh perasaan marah/sedih/kecewa/etc..
kolu dah dikuasai emosi dan xdpt nk fikir gan betul dan semua tindakan dah xrasional. 

jadi bila kita mcm ni, lebih baik utk kite cepat2 kite ingt Allah. istirfar byk2 sebaik sje menerima ujian2 dunia ni. wat la monolog dalaman "aku hamba Allah, aku layak dan patut diuji"....terima la kenyataan dan jgn cube utk menafikan dgn memberontak..mengeluarkan kata2 yg diluat jangkaan. monolog dlm yg negetif "knp aku?".."ape tujuan sume ni?".."ape salah aku wat mcm ni?" ....
jauhkan sume yg negetif....positif kn diri..terima hakikat segalanya telah berlaku dan kita memang patut menerimanya. 
Jangan sesekali menyalahkan orang lain. lebih2 lg menyalahkan takdir..salah kn takdir sama la mcm kita salahkan Allah. ingat lah SETIAP MUSIBAH YG BERLAKU PASTI DA MAKSUDNYA BAIK DARI ALLAH(just kite je xdpt fikir baik2 time tu sbb emosi yg x stabil) jadi kolu nk wat keputusan atau ape2 pun pastikan kita bukan dlm keadaan emosi yg x stabil..tidak salah utk jadi org bersabar..memang sukar tp itulah yg indah dan itu lah yg Rasulullah ajar kpd kite.jadilah insan yg bersabar. 
Rasulullah diuji lebih hebat dr kite. Rasulullah apabila diuji terus bangun mendirikan solat dan berdoa kpd Allah utk mendapat keampunan Allah(walaupun Rasulullah tidak berdosa). betulah sikap Rasulullah adalah seperti al-Quran. sbb setiap tindak tanduknya menepati perintah Allah. melalui firman-Nya. yg bermaksud "dan pohonlah pertolongan daripada Allah dgn sabar dan mengerjakan solat"(surah al-Bawarah,2:45)

Jangan cepat mengeluh, tp tahanlah hati dr bersangka buruk dgn manusia dan Allah. jgn lagi lihat sebab-sebabnya tapi kaitkan dulu dgn penyebab(Allah), Ibn Mubarak berkata; "bencana itu hanya satu tpi akan menjadi dua jika kite mengeluh dan kedua hilang pahala akibat mengeluh."

kesabaran seseorang muslim bukan utk di eksploitasi dan dimanipulasi. tp kite mesti belajar dan mengambil iktibar dari sesuatu musibah kerana sifat org beriman tidak akan terjerumus ke dalam lubang yg sama dua kali. 
org yg sabar itu sentiasa mencari apa punca sesuatu musibah itu berlaku. merangka solusi utk settelkan masalah. memilih solusi  yg terbaik dan terus bertindak melaksanakannya.




-hiasilah diri dengan sabar...kerana sabar itu indah..sabar ganjarannya syurga...jadilah org yg bersabar-

Monday, April 11, 2011

hati menangis la engkau

Allah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian,
sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal darah,
jika segumpal dari itu baik,
maka baik lah tubuh itu,
segumpal darah itu ialah hati
 
namun kenapa dengan kau hati?
kenapa kau begitu kotor sekali?
dipenuhi dengan titik-titik hitam..
bukan ke dlu kau putih bersih?
ape yang sudah terjadi pada kau hati?
siape yg buat kau mcm ni hati?


hari ni kite tnye hati kite, selidik diri kite, kita bukan la yg terbaik..
rase la tidak cukup dengan ape yg telah kite perbuat,
perbanyakkan solat,zikir, ingt la Allah,
siapa la kita?
renungan bersama..

Monday, February 14, 2011

Assalamualaikum Ya Rasulullah





Pernah suatu ketika, sedang Rasulullah (S.A.W.) berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah (S.A.W.). Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan "Aku amat merindui para ikhwanku.."
Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya,
“Bukankah kami ini ikhwanmu?"
"Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku," kata Rasulullah.
Ikhwanku itu adalah mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

*Lalu pandang & renunglah pada diri kita, adakah kita layak bergelar ikhwan Baginda…?
_________________________________________________________________________
BERMULA KEHIDUPAN ANAK YATIM
"bukankah engkau dalam keadaan yatim-piatu? lalu Dia (Allah) melindungimu? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? "
 (Ad-Dhuha:6-7) 
Nabi Muhammad SAW dilahirkan  di Mekah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M).
Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.
Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib .



  •  Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda.
  • Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. 
  • Menurut tradisi keluarga atasan Mekahbaginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat AKA ibu susuan yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun

3 pengajaran penting..
Citarasa yg tinggi dan sensitiviti yg halus adlh 2 keistimewaan yg dianugerahkan Allah kpd Rasulullah SAW. (memupuk semangat berkerja keras,berani, sopan dlm berinteraksi, bersyukur,mengenali kebaikan)
Sesungguhnya mudah bagi Allah utk menyediakan segala kesenangan pada permulaan hidup Rasulullah tapi kita dapat lihat bertapa hebatnya Rasulullah dapat berdikari hidup bersusah payah..lihat lah bagaimana Allah mendidik Rasulullah.bertapa indahnya akhlak Rasulullah..


Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah SAW
  • 1st semasa Rasulullah SAW berada d dlm kandungan bondanya Aminah, beliau tidak merasa susah mcm ibu2 yg lain.
  • 2nd peperangan tentera gajah yg d sebut dlm surah Al-Fill.
  • 3rd baginda di lahirkan dlm keadaan terbaring dgn dua tgnnya mengangkat ke langit seperti orang yg sedang berdoa.
  • 4th 1 goncangan berlaku di mahligai kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak n 14 tiangnya runtuh(tanda2 keruntuhan kerajaan tersebut.)
  • 5th api di negara parsi yg x pernah padam 1000thn terpadam dgn sendiri.(api sembahan org2 majusi)
  • 6th Tasik sava yg di anggap suci tenggelam ke dlm tanah.
  • 7th binatang ternakan dan ladang Halimatus Sa’adiah menjadi subur selepas kemarau.
  • 8th tompokan awan kecil di atas kepada melindungi baginda dr panas matahari.
  • Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.
  • Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib.
  • Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
  • Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
  • Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
  • Allah memelihari Baginda drpd segala perlakuan muda mudi yg menyeleweng dan tidak berfaedah.
p/s: ni nota ringkas dari ana..


kita adalah umat Rasulullah..jika kamu semua tahu bertapa sayangnya Rasulullah pada umatnya..pada saat terakhirnya menyebut umatku,umatku... untuk mendapatkan cerita yang lebih lanjut mengenai detik-detik kewafatan Rasulullah saw boleh la ke post Ya Rasulullah.




 Wallahua'lam...

networkedblogs