Saturday, June 4, 2016

Bersediakah kita?

Sudah bersediakah kita bertemu dengan tetamu teragung?

apa pulak tetamu teragung?

Tetamu teragung la..... bulan Ramadhan,
bulan ramadhan ni ialah tanda kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad.

Lingkung umur umat Nabi Muhammad adalah dalam sekitar 60-70 tahun. Jika dibandingkan dengan Umat Nabi yang lain ada dalam 300- 500 tahun. sikit kan??

Jadi  ini tanda sayang dan kasihnya Allah kat kita. Istimewanya  dalam bulan ramadhan ada satu malam yang mana sesiapa beribadat dalam malam tu seumpama dia beribadat selama 1000 bulan. Jika malam lailatur qadar tu kita tengah sibuk layan fb jadi dapat la kita 1000 bulan melayan fb. Jika malam tu  kita sibuk dengan beribadat maka dapat la kita pahala 1000 bulan  kita sibuk beribadat.

Bulan ramadhan ni menjadi sebutan hanya pada umat Nabi Muhammad. Sebelum ni hanya ada 4 bulan yang penting bagi umat islam.4 bulan haram, iaitu Dzulqaidah, Dzulhijah,Muharam, dan Rajab.Disebut haram karena keempat bulan itu sangat dihormati, dan umat Islam dilarang berperang di dalamnya.

Ada 3 persediaan kita dalam menghadapi bulan ramadhan

1. ilmu


ilmu untuk menghadapi bulan ramdhan.

sebelum menghadapi bulan ramdhan Allah ada kan dua bulan yang mana dalam bulan tersebut ada banyak perkara yang perlu kita tahu,

Bulan Rejab yang mana dalam bulan tersebut berlakunya isra' mikraj. Apa yang boleh kita belajar dalam peristiwa ni terlalu banyak. Kita perlu tahu dengan ilmu. Hayati dengan ilmu dan iman. tanpa ilmu dan kefahaman ia adalah nothing.

Hayatilah bagaimana Rasulullah saw di uji sebelum dan selepas peristiwa tu. ujian yang Rasulullah saw hadapi sangat hebat dan mungkin kita sendiri tidak mampu hadapi.

Sentuh sikit bab Ujian Hidup ramai yang menyangka ujian dia lah yang paling teruk. Bila kita nasihat sabar kat kawan kita yang di uji... kita pulak kene uji dengan kata-kata kawan kita tu " awak cakap senang la awak tak kene" sentap pulak kita dengan kata kawan kita tu..

Sebenarnya Allah dah bagi tahu kita dalam quran. cume kita je tak sempat nak belek quran sebab sibuk duk belek smartphone.

KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.( Al-Ankabut : 2-3)



Seterusnya...dalam bulan sya'ban ada pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya

- Kiblat dipindah dari Baitul Maqdis ke Ka’bah

Dalam sirah ni bagaimana umat  dihina kerana kiblatnya sama dengan orang yahudi. Rasulallah saw sangat sedih dan berdoa dengan Allah agar dipindahkan kiblat umat islam. ada hadis mengatakan setahun Rasulullah saw berdoa baru Allah makbulkan doa Rasulullah saw dan ada hadis mengatakan 6 bulan.


Nak ceritanya kat sini doa Rasulullah saw pun  Allah makbulkan dalam tempoh yang agak lama. bukan doa hari ini esok terus dapat. dan dalam sirah menceritakan Rasulullah saw berdoa dengan bersungguh-sungguh mendongak ke langit setiap kali solat, minta dengan Allah agar di pindahkan kiblat.. Jadi kita amek laaa iktibar.  Doa dengan Allah bersungguh-sungguh. konsisten. berharap dengan Allah sungguh-sungguh...nak  benda baik ni bukan mudah.. perlu usaha. doa tawakal.. sungguh-sungguh....dan jangan lupa tiap kali doa minta dengan Allah agar diberi hidayah.. hidayah ni kene minta setiap kali doa... mahal taw hidayah ni....ramai orang tak perasan bertapa Mahalnya HIDAYAH...

Apa mahalnya hidayah ni?

saya bagi contoh. saya share link perkongsian saya yang tak seberapa ni. dan Allah bagi hidayah untuk awak dibaca dan mengambil setitik manfaat dari perkongsian saya ni. maka dapat laa awak tahu apa yang saya share ni.

tapi andai tidak dberi hidayah... saya dah share link.. just click n read.. tapi tak diberi hidayah untuk baca tambah pulak dengan panjang nya dan agak memakan masa dalam 15 minit juga la nak baca tapi tak diberi hidayah dan kesempatan untuk dia baca maka tak dapat ler dia baca... tapi  yang kagumnya Allah bagi kesempatan untuk dia menonton cerita mr tanda soalan?? selama 1 jam dan ceritanya di selangi dengan iklan pelbagai.. huh hebak noo penangan cerita tu.. teman bukan nak cakap apa ler.. tapi itu ler yang berlaku.

dan antara peristiwa penting adalah
- Diwajibkan puasa bulan Ramadhan
Pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijriah umat Islam mulai diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan, hal ini tentu harus selalu di ingat oleh kaum muslimin.
itulah antara ilmu yang perlu kita tahu..

2. Himmah


Semangat kita dalam menghadapi bulan ramadhan bermula pada bulan rejab lagi dengan doa ni...

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan

Doa dengan sungguh-sungguh. sebab kita tak tahu adakah Allah bagi kesempatan untuk kita menghadapi bulan ramadhan untuk tahun hadapan. dan lagi kita tak tahu adakah Allah izinkan kita menikmati bulan ramadhan tahun ini dengan sempurna.. kita tak tahu maka berdoalah. agar diberi kesempatan. peluang dan ruang untuk kite menjalani ramadhan tahun dengan amal ibadah. meraikan bulan pesta ibadah ini dengan sebenar-benarnya.


semangat menghadapi bulan ramadhan ni  bila orang tanya macam mana dengan ramadhan kamu masyaAllah. kita ada persediakan. ada perancangan. dan ada matlamat. semuanya dalam kerangka mencari redha Allah.... Bukannya bila orang tanya apa persediaan ramadhan tahu ni?.. macam tu lar.. macam tahun-tahun sebelum ni.. tapi bila tanya macam mane raya tahun ni fuh... lengkap prefecto... dan ready.. uuu tolong lar.. ramadhan belum lagi syawal pulak yang digahkannya.

 3. Matlmat.


Sambutlah temu terangung ini dengan persiapan yang mantap. Perlu ada perancangan agar tetamu yang datang ini kita raikan dengan semaksimum habis. kerana tetamu yang datang ini akan pergi berlalu tanpa kita sedar atau sedar.

pasang matlamat ramadhan kali ini apa yang kita nak capai..

mungkin ramadhan kali ini Allah kurniakan hidayah agar kita berhenti dari mengumpat. masyaAllah hebatnye tarbiyah ramadhan ni.

mungkin ramadhan kali ini Allah kurniakan hidayah untuk berhenti merokok.
-cerita pasal rokok ni.. pernah tengok orang pegang botol arak dan menogok botol arak? ish mesti kita cakap haram kot.. dosa besar... tepi kenapa kita tak rase macam tu bila orang pegang rokok hisap rokok... ish sama la hukumnye haram.. membinasakan badan. fatwa dah keluar haram.. patutnya segera meninggalkan. bukan manjakan diri... biarkan kita ikut fatwa. jangan fatwa ikut kita.

ungkin ramadhan kali ini adalah ramadhan yang merupakan turning point utk kita kembali kepada Allah. dan menjadi islam sebenar-benar islam..

hidayah milik Allah nak..
bukan milik manusia... bagi yang masih tidak merasai hidayah Allah doa lah sungguh-sungguh.. tanya pada diri kenapa dari dulu sampai sekarang aku ni masih tak berubah. doa sungguh-sungguh..

masa bukan milik kita andai Allah nak tarik nyawa kita..yang rugi kita sebab kat dunia ni buat la amal banyak-banyak.. nak rehat? ingat janji Allah itu pasti. bagi orang mukmin yang melaksanakan apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.. topup lagi dengan amalan sunat. insyaAllah syurga buat mu wahai ahli syurga...

dan sebaliknya buat ahli neraka...

kalau dihitung masa kita beramal sikit je sebenarnya... formula nya... umur sekarang tolak 15 tahun( belum matang) tolak masa tidur kita dalam sekitar 20 tahun (jika hamba Allah tu tidur 6 jam dalam sehari).. ok apa hasilnya? ish2 belum tolak masa borak... masa makan.. masa jalan.. masa berhayal..


Jadi sudah bersedia nak hadapi ramadhan ni?

Kutiplah manfaat yang ada dari perkongsian saya. agar kamu terus hidup dalam redha Allah.

dari saya..

sepuluh jari saya hulurkan memohon kemaafan salah dan silap. sama da saya sedar atau tidak sedar.

semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelum ini.

mari lah kita memeriahkan pesta ibadah ini dengan amalan yang berlipat ganda

dan yang paling penting semoga ibadah dan amalan kita diterima Allah dan sentiasa berada dalam redha dan keberkatan dari Allah..

Ramadhan Kareem.



cebisan ringkas dari

Sakinah Hassan
05062016



No comments:

Post a Comment

networkedblogs