Wednesday, May 5, 2010

Tips pengguna facebook.


Walaupun hukum fb adalah harus, suka saya menasihati kawan2 yang menggunakan facebook agar mengambil sikap lebih berhati, justeru disarankan:

1. Memanipulasi akuan fb untuk manfaat islam melebihi kepentingan peribadi. Oleh itu kawan2 ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

2. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukup sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.

3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar( khususnya bagi wanita) tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu diingat ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

4. Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap penutupan auratnya (khususnya wanita), apatah lagi yang benar2 mendedah aurat.

5. Elakkan ghibah(mengumpat) dalam facebook kerana telah terang lagi bersuluh bahawa mengumpat yang diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya.

6. Hadkan dan kurangkkan perbincangan remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.

7. Tidak terlibat dengan permainan2 dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar suka-suka atau sebaliknya.

· Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database (pangkalan data) pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai tujuan kejahatan dan ketamakan.

No comments:

Post a Comment

networkedblogs