Demi Gaza seorang warga Amerika yang ikut dalam konvoi kapal bantuan ke Jalur Gaza, melepaskan kewarganegaraannya dalam rangka memprotes politik imperialisme Amerika Serikat dan penjajahan Rejim Zionis Israel.
Akhbar Turki Yeni Safak melaporkan, Ken O'keefe seorang warga Amerika yang bergabung dalam konvoi kapal bantuan untuk Gaza yang bergerak dari Ireland, telah menyatakan melepaskan kewarganegarannya sebagai protes terhadap Amerika dan Israel.
Dalam menjelaskan tindakannya ini, O'keefe berpendapat bahawa Amerika Syarikat merupakan biang dari semua perang dan pendudukan di seluruh dunia. Oleh kerana itu dia melakukan aksi protes menentang tindakan Amerika dengan melepaskan status kewarganegarannya.
Pada bahagian lain, Matteus seorang warga Eropah dengan sukarela menyewa sebuah kapal dari Sweden dan bergabung dengan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Dia menyebut Eropah munafik dan kerana itu dirinya merasa malu menyandang status sebagai warga Eropah. (fq/irib)
No comments:
Post a Comment