Tuesday, June 8, 2010

aurat wanita (bhg 1)

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum wbt..

tersedar dari lamunan diri sendiri kerana terlalu memikirkan dan barangkali terlalu emosi dalam menyampaikan sesuatu..diri ini tidak sedar akan silap yang telah dilakukan..tidak memikirkan sebab dan akibat sebelum membuat sesuatu...Alhamdulillah, teman akrabku telah menegur silapku..syukran atas teguran..ana tidak memikirkan akibat yg akan menimpa ana setelah membuat post realiti tu..lantas dengan pantas jari pun berjogging setempat di atas keyboard.. ana perlu delete post realiti demi menjaga hubungan ana sesama yang lain.

Atas teguran yang membina ana diberi idea utk menjelaskan mengenai aurat2 wanita..memberi kefahaman yang Insyaallah lebih jelas dan memberi alternatif yang dapat membantu kite dalam menjaga aurat. maka ana fikir topik ni perlu dijelaskan secara berperingkat-peringkat sebabnya..ana fikir dengan cara berperingkat2 mungkin lebih senang untuk difahami..dan Insyaallah perubahan boleh dilakukan secara berperingkat2... jadi ana harap antuna semua dapat mengikuti rancangan ini dari awal Insyaallah sampai ke penghujung rancangan..

maka ana dah cari beberapa bahan yang boleh memberi kefahamn Insyaallahyang lebih jelas kenapa perlu menutup aurat..Insyaallah..

kita mulakan pelajaran kita hari ini dengan

Bismillahirrahmanirrahim…

yang pertama..

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA

  • Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Oleh itu Allah S.W.T. memerintahkan wanita muslimah supaya memakai tudung dan memakai pakaian yang menutupi seluruh badan.

Allah SWT berfirman (yang maksudnya):

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
(al-Ahzab: 59)



Allah SWT berfirman (yang maksudnya):

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)


  • Wanita yang tidak memperlihatkan kecantikan dan perhiasannya ialah wanita yang memakai pakaian yang sesuai dengan pakaian Islam.
Antara garis panduan tentang pakaian yang digariskan oleh Islam adalah:

1.Pakaian yang menutupi semua tubuh kecuali anggota tubuh yang dikecualikan Al-Quran dalam firman Allah:

“…..kecuali yang biasa nampak daripadanya.” (Al-Nur:31)

  • Ayat ini membawa maksud anggota yang biasa nampak iaitu muka dan telapak tangan.

2.Pakaian yang tebal dan tidak mengambarkan bentuk tubuh.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(Muslim)

  • Berpakaian tetapi telanjang bermaksud pakaian yang tidak menutupi seluruh tubuh sehingga menampakkan sifat-sifat kulit kerana nipis dan ketatnya pakaian itu.
  • Beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Aisyah dengan berpakaian yang sangat tipis. Kemudian Aisyah berkata: “Jika kamu betul-betul wanita mukminah, kamu tidak memakai pakaian seperti ini.”Ada pula seorang wanita yang baru saja menjadi pengantin, dia memakai tudung yang sangat tipis, maka Aisyah berkata kepadanya: “Perempuan yang memakai tudung seperti ini bererti tidak beriman dengan surah An-Nur.
  • Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."
(Abu Daud)

3.Pakaian yang tidak menggambarkan bentuk-bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah.

  • Walaupun pakaian itu tidak tipis tetapi ia menggambarkan bentuk-bentuk tubuh sehingga mengundang syahwat memang tidak dibenarkan oleh Islam.

4.Pakaian yang menyerupai lelaki bagi wanita dan sebaliknya.

Dari Ibnu Abbas (r.a) yang telah berkata:
“Rasulullah S.A.W. mengutuk lelaki yang menyerupai wanita dan
perempuan yang menyerupai lelaki.”

(Bukhari)

Dari Abu Hurairah yang telah berkata:
“Rasulullah S.A.W. mengutuk seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”
(Abu Daud)

  • info tambahan golongan yang tidak dipandang oleh Allah s.w.t pada hari akhirat nanti ialah wanita yang menyerupai lelaki dan sebaliknya..
Alhamdulillah,maka ana rase mungkin setakat ini saja rancangan kita pada hari ini
baiklah, ana harap kepada yang dah baca post ana ni dapat la kita sampai2 kepada yang lain..kita jumpa lagi di rancangan pada hari esok..salam sayang ana buat semua wanita diluar sana..

renung-renungkan dan selamat beramal-=)

No comments:

Post a Comment

networkedblogs