Ada sahabat ana bertanya “apa hukum tengok wayang?pendapat anti?”..
Jujurnya..ana x tau apa hukum sebenar menonton wayang ni..macam banyak khilaf la pulak kan..tapi, ana letakkan hukum HARAM menonton wayang bagi diri ana..itu ana..bagi orang lain, terpulanglah..jadi, kenapa ana letakkan hukum HARAM menonton wayang ni?
Panggung wayang ni macam semua orang tau..tempat berlakunya banyak maksiat kan..contohnya la..kat situlah pasangan muda mudi ni berkumpul untuk semarakkan nafsu syahwat dorang..nampak macam tak ada apa sangat..tapi siapa tau..masa tengah tengok wayang tu..macam2 bnde dorang boleh buat..apa dia?macam x perlu ana beritahu..sebab rasa2nya semua pon tau apa benda tu kan.."hey hey..husnuzon!"..husnuzon?dalam hal ni bagi ana x perlu pon nak berhusnuzon..tak kan nak berhusnuzon pada bnde yang haram?pertemuan dorang ni pon da haram..inikan pulak bila tengok wayang sama2~
tiba2 ada yang cakap.."kalau pergi dengan keluarga?duduk pon sama-sama.kiranya jaga ikhtilat.x berdosa la kan"..bagi ana..pergi dengan keluarga ke pergi ngan siapa2 ke..tempat tu still penuh dengan maksiat…niat memang baik..nak rapatkan hubungan kekeluargaan..tapi salah tempat..ulama ada buat rumusan.."jika seorang muslim melakukan maksiat dicabut iman dari dadanya, ditakuti saat itu ajalnya tiba dan dicabut dalam su’ul khotimah(mati dalam keadaan keji)"..sekali baca nampak macam x ada kena mengena..sebab bila pergi dengan keluarga..bukannya seseorang itu melakukan maksiat..ye..betul uh~tapiii…bayangkan kita tengah tengok wayang..sekali dalam ketentuan ILAHI..saat tu nyawa kita akan dicabut..dan kita sedang berada kat tempat macam tu..tempat yang penuh dengan maksiat.. maka bila nyawa kita ditarik, secara x langsung kita mati dalam keadaan keji..mati kat tempat yang penuh dengan maksiat..ALLAH..siapa je nak kan?semua pon berharap dapat mati dalam husnul khotimah~sepatutnya bila nak bersama-sama ngan keluarga..patut pilih la tempat yang baik2..sesuai dengan proses dalam usaha mentarbiyah anak-anak..sepatutnya ibu bapa lebih peka dan prihatin..kalau bawa anak-anak ke tempat macam tu..SELALU pulak tu..kerisauan patut timbul dalam hati..sebabnya jika anak-anak diberikan pendedahan dalam suasana wayang ni..bnde tu akan mempengaruhi anak-anak dan memungkinkan anak-anak bila besar nanti jadi kaki wayang~
suasana dalam panggung wayang sebenarnya mempengaruhi iman dan jiwa..sebabnya..seorang muslim tu patut ada sifat benci bila tengok kemungkaran berlaku depan mata..tapi..kalau dah selalu sangat pergi panggung wayang..lama2 kita akan terbiasa tengok maksiat tu berlaku depan mata hingga tak kan timbul perasaan benci kepada maksiat sampaikan kita da x kesa bila semua tu berlaku..masa tu mula la.."kau urusan kau..aku urusan aku"..dashatkan~
ana teringat satu kisah..ana baca buku CINTA di RUMAH HASAN alBANNA~cerita tentang Hassan alBanna dan keluarganya..ceritanya lebih kurang macam ni..
anak Hassan alBanna, Tsana berkata..
"Datuk belah ibuku sangat suka ayahku(Hassan alBanna).Dia kerap berbincang dalam pelbagai perkara dengan ayahku yang ketika itu masih bujang.Pada waktu itu, ada seorang lelaki datang kepada datukku dan meminta izin daripada datukku untuk temankan anaknya(yakni ibuku yang ketika itu juga masih bujang)ke panggung wayang(dalam usaha nak pikat ibu).Datukku lantas bertanya kepada ayahku hukum menonton wayang.Ayahku menerangkan bahawa hukumnya HARAM.Selepas datukku mengetahui orang tersebut meminta sesuatu yang dilarang maka datuk meminta orang itu pergi dan mengatakan,'Aku tidak mempunyai anak untuk dinikahkan untukmu' "
lain cerita..anak Hassan alBanna, Saiful Islam pulak berkata..
"Saya masih ingat ayah memberitahu saya bahawa perbuatan menonton wayang itu tidak layak dilakukan oleh seorang muslim.Saya sejak itu tidak pernah masuk ke panggung wayang, bahkan sehingga ke hari ini, saya tak pernah menjejakkan kaki ke sana"
cerita2 tu diceritakan oleh anak2 Hassan alBanna..kalau seorang tokoh Islam tu sendiri dah bagi pendapat sendiri dan tanpa ada was2 mengatakan ianya HARAM..kenapa kita yang punya iman yang mudah rapuh ni boleh buat hukum sendiri?sng cite..ikut hati matii~
ni lagi satu sumber yang ana dapat untuk kite renung-renung kan..ni ana dapat dari satu laman soal jawab mengenai agama...
soalan:
Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.
jawapan:
wa’alaikumussalam
Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kada yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sekian, wassalam
===========
2. Fatwa Dr Ahmad Syarabasi – http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544786
No comments:
Post a Comment