Friday, June 25, 2010

tiba-tiba terjaga dari tidur..

saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang bergitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. setelah mata terbuka persekitaran diamati. belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. kemudian tangan mencari-cari telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "oh, baru pukul 3"dalam situasi seperti diatas, apa yang akan berlaku? disini anda mempunyai beberapa pilihan. tanya iman anda dan buat pilihan yang bijak..

PILIHAN 1

kebanyakan kita akan tarik selimut semula dan sambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. bukan itu saja, hati pun turut mengomel, "apasal la aku bangun awal sangat ni..Adoi~.".....terzahir sebuah kekesalan. kesal bangun awal?? Nauzubillah.

PILIHAN 2

ada sesetengah dari kita akan menuju ke satu tempat, iaitu laptop atau erti kata lain yang senang difahami ilah "online".. pukul 3 line internet kaw..senang la nak loding tak la macam siang line sibuk..
berjaga malam dengan sesuatu yang belum pasti mendatangkan manfaat untuk kite..harap dijauhkan..

PILIHAN 3

ada juga sesetengah dari kita yang terjaga dan memcapai telefon bimbit untuk melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian dan kalau kebetulan ada mesej..
sempat di belek-belek mesej itu dan kemudian di balasnye mesej itu, dan kalau kebetulan lagi mesej itu dibalas maka sepertiga malam itu di penuhi dengan kekusyukkan bermesej..
sehingga disambung dengan "dah terlelap tak sempat nak reply mesej terakhir"..

PILIHAN 4

"oh, baru pukul 3 pagi waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. jadikan ak hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat."...dan kemudian sambung kembali dengan 'ibadah senyap'

PILIHAN 5

sebalik menyedari dan pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. sembahlah Allah saat mata-mata lain pejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda kita masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa di dengari Allah..
terjaga pada awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kesal, bukan melakukan sesuatu yang belum pasti mendatangkan faedah pada kita. tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan...insyaAllah.
perkongsian ana hari ini untuk kita sama-sama merenung siapa diri kita..
dan InsyaAllah anda mampu mengubah hidup anda dengan tangan anda sendiri..
fikir-fikirkan dan selamat beramal...
tingkatkan prestasi kurangkan kontrovesi..

No comments:

Post a Comment

networkedblogs