semoga Allah memberi manfaat dengan apa yang telah saya tulis, serta mendatangkan faedah bagi pembaca. cukuplah Allah bagiku, atasNya aku bertawakal dan kepadaNya aku kembali
Wednesday, March 3, 2010
bertungkus lumus
assgmnt yg menimbun..gan aktiviti2 mktb lg..huhu..mmg byk dugaan la..anggap la itu sume ujian dr Allah..
ape2 ujian yg dtg itu kite mampu hadapinya..
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(surah Al-Baqarah:286)
arini aku mengila menyiapkan keje kursus kemahiran berfikir(KBKK)
memeningkan tp xpe..niat nk blajar..dlm stdy mane de yg senang kolu nk brjaya..
list short coursework:
-kemahiran berfikir (due arini ahad ni)
-mathematic (due ari rabu ni)
-pengenalan hoki (due ari rabu jgk)
-forum b.i (thursday ni)
-b.i[ articles] (submission date 25/3/2010]
-b.i [mother thears] (submission date 25/3/2010
-bahasa melayu 2 (submission date 25/3/2010)
-pengenalan pertanian (submission date 1week after holiday)
byk x??? mcm x byk je..hehe.
tp pening jgk la ni ciap kn assgmnt ni..
aku mmg xsaba nk cuti..seperti biase bile nk blek ktn aku mmg hapy la..wajah hapy tu mmg terpancar bersinar2..haha
sape x hapy dpt blek umah...jumpe parent..family..my lovely teacher..kwn2..hehe
sbb tu la keazaman nk ciap kn assgmnt ni sgt tinggi.sbb ni relax2 time cuti..xnk tragedi taun lepas brulang lg..dah menyesal..
lg pun benda yg baik x elok di lengah2 kn..kn..kn..
dlm surah Al-Asr
telah menerangkn mengenai masa..
demi mase.sesungguhnya manusia dalam kerugian..melainkan mereka yg briman dan megerjakan kebajikan..
dlm lagu raihan dah nmpk jelas kite perlu menghargai mase kite
ingt 5 prkare sblum 5 prkare...
lapang sbelum sempit..
sihat sebelum sakit..
hidup sebelum mati..
so ak amek iktibar supaye brsegara dlm membuat kerja..InsyaAllah..
kite x taw ape akn blaku akn dtg kn..
mcm tu la kn..hidup kite ni sememangnya utk mencari keredhaan Allah..
sesungguhnya Allah mencipta manusia bukan lah saje2..
bah kn Allah lebih mengetahui ape yg akan brlaku..Allah itu Maha Mengetahui..
to All my frend bersegeralah wat assgmnt..marilah same2 bantu-menbantu dgn cara yg betul dlm menyiapkan keje kite ni ye..
p/s: to all my frend sape2 nk ajak kuar..aku cuti 1week..13/3/2010 until 20/3/2010
21/3/2010 dah nk blek besut..
Tuesday, February 23, 2010
sebelumku terlena
Di Buaian Malam Gelita
Tafakurku Di Pembaringan
Mengenangkan Nasib Diri
Yang Kerdil Lemah Dan Bersalut Dosa
Mampukah Ku Mengharungi Titian Sirat Nanti
Membawa Dosa Yang Menggunung Tinggi
Terkapai Ku Mencari Limpahan Hidayah Mu
Agar Terlerai Kesangsian Hati Ini
Sekadar Air Mata Tak Mampu
Membasuhi Dosa Ini
Sebelum Mata Terlena
Dengarlah Rintihan Hati Ini
Tuhan Beratnya Dosaku
Tak Daya Ku Pikul Sendiri
Hanyalah Rahmat Dan Kasih Sayang Mu
Yang Dapat Meringankan Hulurkan Maghfirah Mu
Andainya Esok Bukan Milikku Lagi
Dan Mata Pun Ku Tak Pasti Akan Terbuka Lagi
Sebelum Berangkat Pergi Ke Daerah Sana
Lepaskan Beban Ini
Yang Mencengkam Jiwa Dan Raga Ku
Selimuti Diriku
Dengan Sutra Kasih Sayang Mu
Agar Lena Nanti Ku Mimpikan
Syurga Yang Indah Abadi
Pabila Ku Terjaga
Dapat Lagi Kurasai
Sunday, February 14, 2010
Renungkanlah Hawa
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.
Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam..
muslimah yang dikasihi
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.
Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........
Sunday, February 7, 2010
Remaja : Iman VS Rakan
Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan segala sesuatu. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia pada keseluruhannya.
Firman Allah S.W.T. ;
" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 139)
Rasa mulia dan tinggi dengan iman, suatu perasaan yang sungguh memotivasikan hidup. Perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap realiti, kemungkinan dan nilaian manusia. Muslim beriman akan memegang Iman dan nilainya mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain. Sungguh hebat perasaan ini mempengaruhi hidup seseorang yang yakin dengannya.
Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan-kawan. Tetap teguh pendirian apabila kawan-kawannya mengejek lekeh jika tidak merokok. Atau memandang tak laku jika belum berpunya. Dia tak mudah melatah apabila dianggap ’skema’. Imannya menjadi perisai apabila diajak berfoya-foya.
Hebat sekali kuasa iman. Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan disuburkan hinggalah ianya tidak menjadi suatu perasaan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perasaan agung itu mestilah berdasarkan kebenaran Allah yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti yang sering berlegar dalam kehidupan seharian remaja.
Contohnya, remaja beriman akan tegas berkata,
Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesama mereka. Persekitaran dan didikan juga menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai yang sukar untuk ditentang; nilai yang menekan rakan sebayanya untuk turut terikat dengannya.
Inilah hanyalah salah satu contoh pemikiran remaja kita.
Cara berfikir, dan nilai itu menekan remaja lain yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu juga setiap konsep yang membelenggu cara berfikir remaja hari ini memang mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukar dikikis jika tidak dihadapi dengan suatu konsep yang kebal yang diceduk dari Allah S.W.T. Setiap remaja yang menentang arus, yang menentang cara berfikir remaja lain, menentang nilai hidup mereka dan sebagainya, tentu akan merasa tersisih dan bersedih hati, jika tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri.

Allah S.W.T. pasti tidak membiarkan orang-orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian menanggung beban yang berat itu. Oleh kerana itu, sungguh indah (Surah Ali 'Imran: ayat 139) memujuk setiap orang beriman. Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjat tempat pergantungannya.
Fikir-fikirkanlah.
Wahai remaja beriman, kita belum lagi diuji berhadapan kuasa kafir sebagaimana Rabi’ bin Amir berhadapan Rustam, kita baru diuji berhadapan dengan suara-suara rakan sebaya. Kenapa perlu gentar menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat? Jangan mudah mengalah. Rasa mulia dan tinggilah dengan iman.

Monday, February 1, 2010
Saturday, January 30, 2010
perkongsian bersama

wahai Nabi, katakn lah kpd isteri2 mu, anak2 perempuanmu dan isteri2 org mukmin,
Thursday, January 28, 2010
perkongsian bersama
marilah kite renung2 kembali..mari lah kite mensyukuri nikmat Allah yg masih ada pd kite..iaitu nikmat melihat,mendengar,mcm2 lg nikmat Allah..dan kite masih lg diberi kesempatan utk hdup di muka bumi Allah ini..jika kite fikirkan Allah tidak meminta untuk kita membayar segala nikmat yg Allah berikan..terlalu byk nikmat yg Allah berikan kepada kita..Alhamdulillah..
Tuesday, January 26, 2010
kelebihan membaca surah Al Mulk
salam.kali ni edit blog nk kongsi bersame pasal Surah Al Mulk...surah ni adalah surah
keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan kpd pembaca-pembacanya
dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:
"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka
sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika
berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al
Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah
mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu
diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang
bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar
pembacanya dari azab neraka."
Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di
sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."bagi sesiapa yang menghafal surah ini Alhamdulillah..InsyaAllah..surah ini akan membantu bagi pembaca-bacanya dia akhirat kelak..sesungguhnya tiada ruginya jika kite same2 mengamalkan nya..tp kite ni slalu lalai n alpa..jadi disini nk mintak tlg kpd sesiape yg bace pasal ni sebar2 kn lah kpd kwn2 yg lain..beringat2 lah sesama kite..InsyaAllah...Allah pasti akan menolong orang yg menolong(agama)-Nya..surah Al Hajj ayt 40
Tuesday, January 19, 2010
demi matahari
Demi bulan apabila mengiringinya
Demi siang hari apabila menampakkannya
Demi malam apabila menutupinya
Demi langit serta pembinaannya
Demi bumi serta penghamparannya
Demi jiwa serta penyempurnaanNya
Maka dia mengilhamkan kepada kejahatan dan ketakwaannya
Sesungguh beruntung orang yang menyucikannya
Dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya
Wednesday, January 6, 2010
rase
Thursday, December 31, 2009
bajet sakinah 2010
menyesal
semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia
bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu
bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela
terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu
Saturday, December 12, 2009
cete bru..?
bkn bz tp ak xde idea nk cete..arini,aku terase bosan.so tibe2 terdetik rase nk update blog ni.dah lme da blog ni mcm x bertuan..cian lak tgk blog ni..hmm..
sambil edit blog lyn la lgu2 St12..lgu dia best..suke la..slalu dgr..haha..
arini aku kepuasan edit pic kawen akak aku..byk giler nk edit..beratus2..so target aku arini nk habis kn edit muke..hope,target aku tercapai...byk lg ni nk edit..akak aku kawen bru ni telah mngunakan aku sbagai photografer diorg..jdy ble gune adik sbagai photografer..beratus2 la pic yg bley amek.sbb free kn....
hmm...byk lg kne wat..tp otak aku da tepu mgadap laptop.aku bosan...
tolong!!!!!...tolong la aku cri contoh pic kawen utk edit pic akak aku ni..ak xde idea da..sbb otak da tepu...=(
Thursday, November 5, 2009
hujan hujan hujan


dah msk musim tengkujuh...da brp ari hujan kat cni x henti2..sejuk giler..anginnye sgt la kuat..maybe sbb maktab aku ni tepi pantai so angin kuat...ada 1 mlm tu hujan lebat gan angin yg kuat + ribut..aku yg dlm bilik ni mmg rase seram giler..takut beb..mayb sbb kat ktn xde la mcm ni skali..
disebab kn hujan bilik aku ni dah mcm bilik ampaian..bergantungan baju2...nk sidai kat luar bahaye..angin kaut byk kain2 yg melayang..so kne la sidai dlm bilik..bg aku yg basuh kain gan mesin xde prob sgt la nk sidai dlm bilik tp bg rumate aku yg basuh gan tgn kne tunggu kain tu x menitip air bru bley sidai dlm bilik..
musim ujan ni mmg wat aku slalu lapa..ngantuk~..n rase nk berselimut je..dah la nk exam next week...aaaaaaaaaa...nk dekat dah..stdy x hbs lg..hujan2 ni byk dugaan la nk stdy..bukak buku jap dah rase ngantuk~..aaaaaaa..dugaan..lapa 1 hal lg..kolu lapa susah nk stdy....stok mkn aku dah kehabisan..kopi radix dah hbs...lg 2 week lg nk cuti sem...aaaaaaaaaaaaaa...cepat2 la cuti nk blek umah...nk blek umah!!!..
Sunday, October 25, 2009

Bahan-bahan:
1 camca besar magerin
1/2 cawan gula(kalau suka manis lebihkan)
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 camca besar serbuk milo
2 camca besar tepung jagung
6 keping roti dipotong enam
secubit garam
Cara-cara:
1. Gaulkan gula dan magerin sehinggga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sekata.
3. Masukkan susu, serbuk milo, tepung jagung dan garam. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan roti yang telah dipotong dan kacau.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 45min dengan menggunakan api yang sederhana.
Hidangan:
6 orang
Bahan-bahan boleh didapati:
Kedai runcit berhampiran
Sumber:
internet=)
makaroni bakar!!!!!!!!..lazat
Bahan-bahan ( 5 )
- 300gm macaroni
- 250 gm daging cincang
- 4 biji telor (pukul kembang)
- 3 sudu rempah kari
- 2 labu bawang besar
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air
- sedikit keju parut
- minyak utk menumis & garam
Cara-cara
- rebus makaroni hingga empuk & toskan
- kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
- Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
- Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
- Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
- Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}
Friday, October 23, 2009
Wednesday, October 21, 2009
makan2!!!!!
aku tlg promot..hehe..
sape2 yg berminat ley la join..ok...=)
ayumi_dragongurl7 : MAKAN PON DAPAT DUET!!!
ismey : ?sape mkn?
ayumi_dragongurl7 : kite laa..
ismey : mkn pe?
ayumi_dragongurl7 : makan makanan la sakinah.. nape nak join kew group mkan2 dpat duet nieyh??
ismey : kat mane?nk join mcm mne?
ayumi_dragongurl7 : huhu..serate malaysai da skunk..sakinah dok manew ya?
ismey : skng kat mktb...umah kat ktn
ayumi_dragongurl7 : ooowhhh... mktab manew?
ismey : besut...xtaw pun sal mkn2 tu
ayumi_dragongurl7 : hah! lagi mudah.. meh bieha ajak join kamy punyer group.. anyway..stakat nieyh sehari leh dpat smpai rm1314 taw...
ismey : nk join mcmmne?
ayumi_dragongurl7 : erm tp modal dye pling low rm370...
ismey : haha..byk tu
ayumi_dragongurl7 : nak join mudah jewp...just bank in duet then send sms kat bieha alamat, nama penuh, n ic...nnty kamy bg spesel kad..pastuh leh gi mkan kat mane2 kedai kamy tanpa byar 1 sen pown... just bg kad jew
ismey : kedai mkn ape?kat besut ni ade ke?
ayumi_dragongurl7 : kat besut akan dibuka.. tp kat kuantan da berjaya dibuka..try online www.IRC2U.com for more information
ismey : sy jarang blek ktn
ayumi_dragongurl7: kalu sakinah blik ktan, bieha blanja mkan kat cafe tuh ya! oowhhh.... erm kalu blik.. sms bieha ya...
ismey : cafe yg dah bukak kat ktn tu kat mne?
ayumi_dragongurl7 : kat india town.. name island red cafe....sms kat no bieha bg sape yg nak join... ayah bieha head kat ktan n rompin..sakinah, kalu nak hebahkan pasal group nieh n dyeowg nak join...suh dyeowd sms nama, alamat, ic n no resit bank in kat no 0197599137 ya...for more information visit la www.IRC2U.com.....owh no akaun bank unk bank in..06150071903524..tuh akaun bank cimb..atas name nur hidayahtul...lg 1... promosi kami.. bg sape2 yg nak join, kami akan blanja mkan kat kafe kami....anyway, ary isnin-jumaat, jam 3 ptg-8mlam...sabtu n ahad, jam 2 ptg-10mlam....kafe buka smpai 2 pagi...
berminat???..hehe..
Sunday, October 18, 2009
hp ku..

smlm aku g water park..main air..syok la..aaaa dlm kegembiraan tibe hp aku yg sim dlm poket jatuh msk air..aku cuak giler da time tu..tgk hp masuk air dpn mate..hbs hp ku..
x taw nk ckp ape da time tu..tp dan lg la aku g main2 lg..blek tu dlm kete aku belek hbs2 hp aku..dah belek2 tu blek sampe umah aku kuar kete lupe lak sim tinggal dlm kete alia nk suh dia stop kat mane2 hp aku dah rosak..so mintk tlg cgu nisa mintk tlg kol nik suh nik bg taw alia..nik n alia sori x ingt no korang..mlm tdy aku x brani lg nk on..pg tdy on Alhamdulillah bley bukak..syukur yg amat..tanpe hp aku rase susah..janggal..mcm hp tu nadi kehidupan..haha..riso beb kolu hp x bley pakai...arini dah nk blek mktb..hebat la hp ni tahan lasak da brp kali jatuh...tp hidup lg..pas ni mmg kne jage elok2 la hp ni..
hp ni dah lme..buruk tp byk berbakti pd aku..ni la hp setia pd tuan hahaha...mayb smlm tu dia pun nk main ari jgk kat water park..hehe..hp kusyg..
Wednesday, October 7, 2009
Monday, October 5, 2009
bola tampar
ptg ni plwn bola tampar lak..
rbt 1 bergabung gan rbt 2..
huh
aku mgharapkan yg terbaik..
main enjoy je..
menang kalah lain cete..=D
Tuesday, September 22, 2009
raye 2nd..
Monday, September 14, 2009
raye ke x aku taun ni...??
ari ni aku hantar assgmnt math pas tu..
ari ni da dpt pulak assgmnt..assgmnt bi..short story..
assgmnt agame x sentuh lg..
assgmnt tmk x sudah2 lg..
assgmnt jahitan yg dlm proses..yg dah lme wat tp x sudah2 lg
arg!!!
yg paling aku x lupe..
amali menjahit naik cuti raye ni...
amali yg sgt penting...60% markah utk subjek RBT aku..
folio just 40%..tp penting gak tu..subjek RBT x de paper..just amali je..
aku dah tanam azam blek ni nk practice menjahit byk2...
mane x nye..ujian amali tu just 2 jam..kne wat artikel(xtaw lg kne jahit ape)..tp tgk la skng nk menyulam pun da amek mase yg lame..ty nk potong kain..nk tanda kain lg..huhu...giler r...
nk masuk sekoci dlm mesin lg(haha..mcm susah je)...nk2 ty amali da org pantau..lg la berdeba2 nye...huhu...
xsaba nk blek!!
aku blek ktn ari khamis ni..bus dr maktb kul 1..InsyaAllah sampe ktn kul 5 lbh kot..
aku nk merase bukak pose kat pdg mpk..org cete mcm best je bukak pose kat c tu..
dlm otak aku just pk ari khamis je ak bley nk bukak pose kat c tu..coz ari lain mc x sure aku free ke x..bley g ke x..
hmm....(-_@)
Thursday, September 10, 2009
ape kate anda??
| ORANG KATA.... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah. ATUK KATA.... orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput. AKU RASA..... betul jugak tu.. ORANG KATA... exam tu susah, kena banyak sacrifice, constant study.. past year papers..etc..etc..etc.. ATUK KATA... exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide.. AKU RASA... betul jugak tu.. ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!! ATUK KATA... setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat... AKU RASA... betul jugak tu.. ORANG KATA... kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat, baru hati puas ATUK KATA... ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus? AKU RASA... betul jugak tu.. ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes di KL, New York, Tokyo .... masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect! ATUK KATA... setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi.. ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun? AKU RASA... err.. betul jugak tu... So....... Tak perlu mencari teman secantik BALQIS , Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W. Betul jugak tu… Apa kata kita mula sekarang! |
Wednesday, September 9, 2009
9.09.2009
mule2 time kls menjahit da sorang kwn aku kne gigit gan tebuan..xtaw la mcm mne bley kne tp mmg kesian la dia..jadi mangsa tebuan tu ..saiz tebuan tu agak besar la..huhu..gerun je tgk tebuan tu..
pas kejadian tu..petang time sebelum brbuka..2 org kwn aku bwk moto..ntah mcm mne ley jatuh..sorang tu xde la teruk sgt..tp sorang lg..habis dagu dia tergiris kat jalan..byk gak la dia luka...aku x mampu nk tlg..nk tgk pun x bley..cukup la aku tertegok darah menitis dr dagu dia..adoi..lembik lutut aku tgk darah tu...aku x taw la mcm mne ley jatuh..dia jatuh kat dlm maktab gak..kat selekoh..huhu..pasni msty selekoh tu akan jadi selekoh berbahaya..hmm....
smlm jgk kls aku da wat mjlis berbuka puase same2..tp x meriah sbb org kuat yg mngadakan majlis tu x de...sbb kne sengat tebuan..
tp smlm 9.09.2009..tarikh yg cantek..merupakan bufday adik aku..happy bufday utk dia...moga pnjang umur n murah rezeki...no 9 lak no fav aku..time kasih kat ecah sbb ingt no fav aku..hehe..time kasih ecah..sebenarnye aku x perasan pun sal tarikh yg byk no 9 ni..pas ecah ckp bru aku perasan....hehe..
tp tu la tarikh yg byk suka n duka..
(-_-)
assgmnt byk...penatnye!!!!!!!!!!!!
hmm..
=(
YaAllah tabah kn la hati hamba Mu ini..
kuatkn la semangat hamba Mu ini..
utk mghadapi segala dugaan hidup ini..



